‘Dah la cantik, bijak pula tu…’ – Graduan UUM dedah rahsia dapat ‘pointer’ 3.99

Sejak beberapa minggu yang lalu, kebanyakan IPTA dan IPTS di negara ini mula mengadakan majlis konvokesyen bagi meraikan kejayaan para graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan masing-masing.

Pada majlis tersebut, dapat dilihat kegembiraan yang terpancar pada wajah setiap graduan apabila canselor atau naib canselor universiti menyerahkan skrol ijazah kepada mereka.

Bagi penerima anugerah Pelajaran Diraja Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Athirah Rushami Zien, 23, beliau tidak mempunyai resepi kejayaan yang luar biasa kecuali sentiasa memberi fokus di dalam kelas.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan itu menamatkan pengajian dengan PMK 3.99.

Katanya biarpun program pengajian diikutinya baru diperkenalkan, dia sentiasa gigih untuk cemerlang setiap semester meskipun sibuk dengan aktiviti kokurikulum.

“Apabila kursus baru, ia agak sukar bagi pelajar dan pensyarah itu sendiri untuk membawa subjek yang perlu dipelajari, apatah lagi hanya 13 orang yang mengikuti kursus ini, dengan kerjasama baik daripada rakan sekelas serta pensyarah, alhamdulillah segalanya dipermudahkan,” katanya yang berasal dari Perlis.

Kejayaan luar biasa Nur Athirah telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor

Selain megucapkan tahniah kepada Nur Athirah, Neelofa turut menyatakan hasrat untuk memberikan hadiah penghargaan kepadanya kerana benar-benar memberi inspirasi kepada semua.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: cempedakcheese