“Usia Saya Meningkat Setahun Di Hari Indah Ini” – Mira Filzah Terima Lebih 11,000 Ucapan Hari Lahir

2hb April 2020, usia pelakon dan pengacara jelita Mira Filzah menginjak 27 tahun.

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mula menempa nama sebagai model sebelum menjadi pelakon dan seterusnya menjadi pengacara.

Walaupun menyambut hari lahir dalam suasana yang tidak begitu baik ketika ini, ianya tidak menghalang daripada lebih 11,000 peminat, termasuk rakan artis untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Mira.

Pada satu entri di Instagram miliknya, Mira berkongsi sekeping gambar beliau bersama sebiji kek hari jadi.

“Usia saya meningkat setahun pada hari yang indah ini. Dan semuanya menjadi nyata dengan izin dan kehendak-Mu Ya Rabb.

“Terima kasih Ya Allah, terima kasih dari jiwa yang paling dalam atas berkat dan kurniaan-Mu yang tidak terhingga. Syukur Alhamdulillah untuk segalanya. Secara rasmi berusia 27 tahun!” tulis Mira dalam Bahasa Inggeris.

Entri tersebut dipenuhi dengan ribuan ucapan hari lahir termasuk daripada teman-teman artis terkenal tanah air.

Mira Filzah pernah muncul dalam drama hebat seperti Lelaki Kiriman Tuhan, Sweet Dreams dan filem Sangkar. Terbaru dia bakal muncul dalam drama Bidadari Kiriman Tuhan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak