“Ingatkan Mamat Khalid!” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Sherry Jadi Lelaki!

Hos popular Sherry Alhadad berkongsi sebuah video pendek yang mencuit hati ramai pengikutnya di laman Instagram.

Dalam video tersebut, Sherry melukis misai dan janggut di wajahnya serta memakai topi kelihatan seperti seorang lelaki.

“Aku daripada hari tu tengok perangai kau, kau ada masalah ke?” kata Sherry dalam video tersebut.

Difahamkan, watak yang disampaikan dalam video tersebut merupakan ‘alter ego’ Sherry yang bernama Abang Maarof.

Nama watak itu turut ditulis di ruangan kapsyen.

“Kau keluar suka-suka nak lepak jaga kau, Abang Maarof jumpa dia sekeh kau,” tulis Sherry di ruangan kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Sherry berasa terhibur melihat gelagatnya itu.

“Mamat Khalid ke ni?

“Mamat Khalid punya adik ni…Maarof.

“Ingatkan Mamat Khalid tadi!

“Mamat Khalid versi muda,” tulis netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ko keluar suka suka nak lepak jaga ko, abang Maarof jumpa dia sekeh ko #dudukrumah

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Sekadar info, pemilik nama sebenar Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad ini mulai aktif di industri hiburan pada sekitar tahun 2006 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :