Netizen lancar petisyen Vivy Yusof letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Baru-baru ini, kecoh mengenai seorang usahawan kosmetik yang mengeluh bahawa golongan miskin sahaja akan ‘kaya’ selepas menerima bantuan, sebelum mereka kembali miskin selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila Vivy Yusof dilihat membalas komen tersebut dan seolah bersetuju dengan kenyataan wanita itu. Vivy percaya kesenangan yang diberikan kerajaan hanya sementara sebelum semua orang kembali merana selepas PKP, baik pemilik syarikat mahupun pekerja.

Seperti sudah dijangka, kenyataan kedua-dua usahawan itu sekaligus mengundang pelbagai komen negatif, malah ada yang mengecam sehingga mahu memboikot produk mereka kerana mentaliti seperti itu.

Bagaimanapun, Vivy telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai perkara itu serta menjelaskan bahawa dia tiada niat memperlekehkan nasib B40 tetapi hanya hanya ingin memperjuangkan nasib peniaga-peniaga SME yang lain.

Meskipun Vivy sudah memohon maaf, namun isu itu tidak terhenti setakat itu sahaja apabila satu petisyen telah diwujudkan oleh Alumni Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) menuntut pengasas tudung itu untuk meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.

Untuk pengetahuan anda, Vivy telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah universiti tersohor berkenaan pada Mei tahun lalu.

Petisyen itu turut mengatakan bahawa Vivy tidak menjalankan tanggungjawab yang baik sebagai ahli lembaga pengarah UiTM serta tidak menjaga nama baik UiTM. Setakat ini, petisyen tersebut mendapat sokongan sebanyak 19,600 orang.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : kulihatlangitbiru