“Kesian member tu, tiba-tiba p0lis kat sebelah” – Aksi bah4ya motosikal roda tiga bawa p4adah, ramai pec4h perut dengar suara tukang rakam video

AKSI berbahaya, tapi ramai yang terhibur dek suara perakam video yang ketawa tak henti-henti.

Begitulah yang dapat disimpulkan mengenai satu video tular yang kini tersebar di laman sosial.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, seorang lelaki menunggang motosikal roda tiga dalam keadaan berbah4ya di satu lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Penunggang yang berbaju merah lengkap dengan topi keledar itu bukan sahaja cuba membuat aksi wheelie (angkat roda hadapan) malah turut bertindak masuk ke bakul yang dipasang pada motosikal roda tiga itu.

Perakam video pula menaiki sebuah kereta, kedengaran tidak berhenti ketawa sepanjang merakam aksi itu.

Kemuncak video menyaksikan sebuah kereta peronda p0lis tiba-tiba muncul dari bahagian belakang sebelum menghampiri penunggang motosikal berkenaan.

Nasib lelaki berbaju merah itu bagaimanapun tidak diketahui apabila video berakhir begitu sahaja.

Aksi yang kini tular di media sosial.

“Hahaha orang suruh duduk rumah bukan merempit. Kan dah mendapat,” tulis pengendali Facebook Raynorotn Motorsport yang berkongsi video itu.

Selain menerima lebih 4,500 komen netizen, video itu sehingga kini menerima lebih 2.2 juta tontonan di laman Facebook.

Rata-rata netizen men1ngg4lkan pelbagai komen menerusi posting itu.

Ada yang mengakui cukup terhibur, tak kurang juga yang kurang bersetuju dengan aksi yang dipaparkan.

Antara komen netizen di Facebook.

“Yang tukang rakam tak boleh cover dah. Memang terbahak-bahak ketawa. Jarang dapat ketawa macam ni.

“Memang lucu. Tapi sangat bahaya. Boleh sebabkan kem4lang4n.

“Berdekah aku gelak sebab dengar tukang rakam ni gelak.

“Sepatutnya ada sambungan video dengan p0lis pula.

“Kesian member tu terciduk bila tiba-tiba polis ada kat sebelah.

“Amboi mendidih bunyi ketawa macam air panas,” tulis beberapa netizen.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar