[VIDEO] Dato’ Siti Nurhaliza Buat Konsert Live Di IG Bikin Ramai Terpegun. Sebijik Beb!

Pada mulanya, Perintah Kawalan Pergerakan hanya akan dilaksanakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac. Namun begitu, berdasarkan keadaan yang semakin membimbangkan susulan daripada penularan wabak Covid-19, kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan PKP ini sehingga 14 April 2020.

Sehingga hari ini, pelbagai jenis aktiviti menarik telah dilakukan oleh warganet untuk menghilangkan rasa ‘bosan’ ketika di rumah.

Tapi bila tengok balik, kreatif juga korang semua ni.

Ada yang buat Dalgona Coffee sampaikan trending satu Malaysia dan hampir semua orang cuba untuk membuat kopi viral ini. Malahan, ada juga yang menyahut cabaran Syed Saddiq untuk buat ‘push-ups’, dan sebagainya.

Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti yang boleh dibuat, bukan?

Bukan setakat itu sahaja, penyanyi tersohor, Dato’ Seri Siti Nurhaliza pun turut serta menghiburkan peminat-peminatnya walaupun hanya di IG Live!

Dato’ Siti atau lebih mesra dipanggil ‘Tokti’ telah membuat IG Live di Instagram miliknya @ctdk hari ini untuk menghiburkan peminat-peminatnya dengan mengadakan konsert mini khas buat mereka yang berada di rumah.

Untungnya siapa yang sempat tengok IG Live Tokti. Bukan senang nak dengar Tokti menyanyi secara langsung kalau bukan di konsert.

Tonton video IG Live tersebut di bawah yang telah dikongsikan oleh pengguna Twitter @IniAlannn:

Rata-rata warganet turut memuji suara Tokti, malah ada juga yang fokus kepada penampilan beliau yang sentiasa kelihatan cantik

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Says Seismik