Langg4r PKP untuk minta rokok kawan

SIK: Lima remaja lelaki yang sedang melepak di tepi jalan ditahan polis selepas melangg4r Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman, berkata kesemua remaja berusia 18 tahun itu ditah4n ketika berkumpul di Jalan Kilang Felda Teloi Timur pada jam 6 petang.

“Mereka ditah4n semasa rondaan pemantauan dilakukan anggota polis di kawasan FELDA berkenaan.

“Ketika ditanya tujuan mereka berkumpul di tepi jalan berkenaan, pelbagai alasan tidak munasabah diberi antaranya mahu minta rokok daripada kawan.

“Ada juga yang beri alasan keluar untuk beli barang dan singgah jumpa kawan sebentar tapi tak ada barang pun yang dibeli ketika pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Razak, berkata semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik untuk siasatan lanjut dan mereka disiasat mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan peny4kit Berj4ngk1t (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan j4ngk1tan) 2020.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH