Geland4ngan, kvtu ray4u KOMTAR dipindahkan

GEORGETOWN: Semua gelandang4n dan kvtu ray4u di sekitar kawasan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) akan ditempatkan di Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penul4ran c0v1d-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, berkata sehingga malam tadi, seramai 72 individu sudah dikenalpasti dan dibawa ke kompleks berkenaan.

Katanya, usaha itu mendapat kerjasama dan pemantauan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan langkah berjaga-jaga ketika menyelamatkan golongan itu.

“Di kompleks berkenaan, mereka akan membersihkan diri menggunakan kemudahan yang ada selain disediakan makanan dan akan tinggal di situ sehingga tamat tempoh PKP.

“Inisiatif ini turut membabitkan beberapa badan bukan kerajaan, sebuah h0sp1tal swasta. Katil dan makanan tersedia,” katanya kepada media di sini, malam tadi.

Terdahulu, Boon Poh bersama anggota pihak berkuasa dan NGO turut meninjau proses pemindahan gelandang4n dan kvtu ray4u di perkarangan KOMTAR.

Golongan itu turut menjalani ujian saringan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga menceg4h penul4ran c0v1d-19 sebelum dibawa ke kompleks berkenaan.

Boon Poh berkata, pihaknya akan cuba memujuk waris atau keluarga supaya membawa pulang gelandang4n serta kvtu ray4u itu.

“Jika sudah ditempatkan di kompleks, mereka atau waris sudah tidak boleh berjumpa bagi mengurangkan pergerakan keluar dan masuk.

“Ini antara dasar kerajaan negeri, iaitu bagi memastikan tiada golongan yang tidak bernasib baik, tercicir daripada menerima sebarang bantuan,” katanya lagi.

Gelandang4n yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 55, berkata dia sudah bergelandang4n sejak lebih 10 tahun lalu di sekitar Pulau Pinang.

Katanya, dia juga maklum mengenai bahaya c0v1d-19 dan tahu v1rus itu juga boleh berj4ngk1t menerusi sentuhan, cuma tidak tahu ia sudah mereb4k ke Malaysia dan menyebabkan kem4tian.

“Hendak berteduh di mana pun kami tak tahu. Setiap malam bila tiada orang, kami datang ke sini untuk tidur. Memang gembira dapat tempat yang selamat walaupun hanya sementara. Itu lebih baik daripada terdedah dengan pelbagai peny4kit di sini,” katanya lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH