Makcik Kiah Trending, Ucapan PM Buat Rakyat Tersenyum

Baru sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) telah mengumumkan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang berjumlah RM250 bilion bagi membantu rakyat dan negara dalam sama-sama menangani w4b4k c0v1d-19 di negara ini.

Dalam pengumuman menyeluruh itu, Perdana Menteri TSMY menegaskan bahawa tiada siapa yang akan dipinggirkan dalam menerima bantuan yang telah diperuntukkan, termasuklah institusi dan kakitangan kerajaan seperti KKM, anggota tentera dan polis, kakitangan h0sp1tal, serta rakyat jelata yang berkelayakkan.

Dalam menjelaskan bantuan-bantuan yang bakal diterima oleh golongan M40 yang merangkumi pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, dan peniaga kecil, TSMY memberikan contoh situasi bagi seorang ‘Makcik Kiah’.

Dalam contoh yang diberikan, Makcik Kiah adalah seorang penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak dan suaminya yang merupakan pesara kerajaan yang kini membawa Grab. Anaknya pula merupakan peminjam PTPTN dan pendapatan isi rumah keluarganya berjumlah bawah RM4000.

Setelah ditambah tolak semua jenis bantuan yang layak diterima oleh keluarga Makcik Kiah, keseluruhan nilai manfaat dan penjimatan yang diterimanya mencecah RM8,664.

Tujuan TSMY memberikan contoh menarik itu adalah untuk memberi ketenangan fikiran kepada rakyat yang risau tentang pendapatan mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Perucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pelbagai reaksi positif dari netizen, sehingga Makcik Kiah trending di Twitter.

“Mudah difahami…”

“Makcik Kiah selepas pandemik berakhir…”

“Makcik Kiah yg mana satu?”

“Tahniah kepada penulis skrip…”

“Terima kasih kerajaan. sed1h je dengar ucapan PM yg last2 tu…”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Astro AWANI, Twitter