Alha Alfa Sah Bercer4i, Mampu Pertahan Rumah Tangga 6 Bulan Sahaja

Usahawan kosmetik yang juga jurusolek popular, Datuk Alha Alfa mengesahkan bahawa dia dan isteri, Noor Azlin Ismail kini sudah bercer4i selepas enam bulan hidup bersama.

Bagaimanapun, Alha atau nama sebenarnya, Abdul Al-Halim Mohd Al Fadzil, 32, berkata, perpis4han secara baik itu dibuat selepas masing-masing merasakan sudah tidak lagi serasi untuk meneruskan kehidupan bersama-sama.

“Saya sebolehnya ingin berdiam diri dan tak nak besar-besarkan hal ini supaya aib kedua-duanya terjaga. Tapi mungkin juga ini ujian berat dalam hidup saya.

“Pertama sekali saya sudahpun meminta izin bekas isteri saya untuk menulis mengenai ini dan kami sama-sama akan menghabiskan semua ini secara damai dan harap tiada pihak yang akan mengeruhkan lagi.

“Saya amat berterima kasih kepada bekas isteri saya, telah membahagiakan saya setengah tahun bersama,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi.

Katanya lagi, penerimaan bekas isterinya terhadap kerjayanya juga berubah selepas mereka berkahwin.

Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan mereka sering berlaku perselisihan faham.

“Mungkin kerana dirinya muda dan impikan hidup sentiasa bersama sedangkan pekerjaan dan masa saya sangat terhad. Mungkin terlalu banyak penggambaran, kerja di luar dan lain-lain lagi membuatkannya tidak boleh terima kerjaya saya.

“Benda ini akan menjadi perselisihan faham bila saya nak ke kerja, saya risau nak keluar rumah untuk kerja, saya hampir hilang diri saya,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

kepada netizen, cakap lah selagi mampu, fitnah n kutuk la sy selagi daya,..kepada exwife,,sy diam n berhenti disini bkn maksud sy kalah,tp cukuplah niat sy nak bgtau org yg awak bkn lagi isteri sy, so tidaklah terbatas lagi perjalanan hidup awak, biar sy terima semua ni..org akan mengata sy macam2 tapi allah ada, 🤲🏻🙏🏻 semoga awak dpt pengganti yg baik,aminnn..

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

Menerusi posting tersebut Alha turut berkongsi sekeping foto keadaan badannya yang terc3dera ketika bergelvt dengan bekas isterinya yang cuba menced3rakan diri setiap kali berlaku konflik.

“Saya tak mahu dia kemurvngan, str3s berpanjangan, ugut nak ced3rakan diri dan lain-lain. Gambar saya lvk4 itu saya bergelut menghalangnya daripada menced3rakan diri.

“Saya tak boleh dan kalah bab ini sebab saya tidak dibesarkan dalam situasi macam ini. Mungkin gurauan baginya tapi ini sangat menakutkan saya. Jadi, saya lepaskan dirinya sebaiknya,” jelasnya.

Terdahulu, sebuah akhbar menerusi satu ruangan pojok mendakwa hubungan rumah tangga yang dibina Alfa sudah berakhir. 

Alha dan pasangan, Noor Azlin, 24, mendirikan rumah tangga pada 28 September lalu selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak