“Ingatkan Saya Dipilih Kerana Aktif Sukan Ekstrem, Tapi Rupanya…” – Alif Satar Bawa Watak Wira Negara

Pelakon Alif Satar terharu apabila ditawarkan watak sebagai wira negara dalam filem Bakara, sebuah karya yang diangkat daripada kisah perjuangan t3ntera Malaysia di Somalia.

Memetik laporan BH Online, Alif pada awalnya menyangka pemilihannya membawa watak Prebet Aznan adalah kerana dia aktif dengan sukan ekstrem.

“Akhirnya saya tahu kenapa dipilih. Saya terharu kerana dikatakan mempunyai persamaan dari segi fizikal. Watak Prebet Aznan memerlvk4n saya bermain dengan emosi.

“Mungkin dari situ, mereka melihat saya mampu membawakan watak yang menyayat hati ini,” katanya.

Filem terbitan T3ntera Darat Malaysia (TDM) tersebut memaparkan peristiwa pertempvran membabitkan anggota t3ntera Malaysia di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia pada tahun 1993.

Selain Alif, filem arahan Adrian Teh yang menelan kos kira-kira RM20 juta itu turut dibintangi Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak, Hairul Azreen dan Fauzi Nawawi.

Tambah Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar, Prebet Aznan terk0rban tanpa sempat melihat anaknya yang masih dalam kandungan.

“Naskhah ini ada kaitan dengan filem terbitan Hollywood berjudul Black Hawk Down. Cuma, bezanya filem Bakara mengambil sudut pandangan tentera Malaysia yang terbabit dalam peristiwa bersejarah, manakala Black Hawk Down memaparkan pertempvran membabitkan t3ntera Amerika Syarikat.

“Saya dimaklumkan, anak Aznan kini seorang anggota t3ntera. Mungkin jika nak tanya mengenai arw4h bapanya, dia sendiri pun tak pernah berjumpa. Jadi, saya akan mendapatkan maklumat terperinci mengenai arw4h menerusi pasukan t3ntera yang bertempvur bersamanya,” katanya lagi.

Malah, Alif turut menjalani latihan sen4ta yang digunakan pada tahun itu serta belajar berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat yang sama digunakan.

Sumber: BH Online

 

 

 

 

 

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :