“Kita Boleh!” – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Ini Tujuh Nasihat Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil inisiatif dengan memberikan tujuh nasihat kepada masyarakat untuk sama-sama mematahi Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan.

Nasihat itu diberi Siti sebagai salah satu usaha dan galakan kepada masyarakat sebagai langkah untuk mengawal penul4ran wab4k COV1D-19.

Penyanyi kesayangan Malaysia ini juga turut menggunakan judul single terbarunya, ‘7 Nasihat’ sebagai panduan untuk pengikut laman sosialnya.

Siti berkongsi tujuh nasihat tersebut menerusi foto terbaru yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.

“#7Nasihat sewaktu kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Kita boleh!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berikut merupakan tujuh nasihat Siti:

1.Duduk di rumah dan jauhkan diri daripada berinteraksi secara sosial.

2.Selalu bersenam di dalam rumah untuk kekal cergas dan cerdas.

3.Jangan p4nik. Beli barangan dapur mengikut keperluan sahaja.

4.Telefon keluarga dan saudara mara untuk bertanya khabar.

5.Untuk yang bekerja dari rumah, sentiasa berkomunikasi melalui WhatsApp dan virtual meeting.

 6.Minimumkan penggunaan elektrik dan air untuk elak pembaziran.

7.Tonton tv bersama keluarga dan dengar lagu 7 nasihat di semua platform streaming.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#7Nasihat sewaktu kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Kita boleh!!!!💪💪💪💪

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Terdahulu, 7 Nasihat merupakan single terbaru Siti bersama pasangan duo Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Single 7 Nasihat adalah terbitan Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia, dan boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula Februari lalu.

Semoga apa yang dikongsi Siti ini dapat membantu orang ramai untuk terus mematuhi Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan.

Jangan lupa, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COV1D-19!

 

Sumber : Gempak