Orang Ramai Serbu Balai P0lis, Larangan Merentas Negeri Ditarik Balik

Sejak lewat petang tadi, beberapa gambar dan rakaman video menunjukkan orang ramai beratur panjang di luar balai p0lis bagi mengisi borang berkenaan mula viral di media sosial.

Bilangan semakin bertambah selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengumumkan orang ramai yang berhasrat mengadakan sebarang perjalanan antara negeri perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak p0lis.

Bagaimanapun arahan tersebut ditarik balik dan orang ramai yang berhasrat untuk mengadakan sebarang perjalanan antara negeri tidak perlu mengisi borang buat sementara waktu.

Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan pergerakan dan perjalanan ke negeri lain.

“Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini.

“Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat.

“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan mengurangkan pergerakaan dan perjalanan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa malam bagi mengulas berkenaan situasi panik dalam kalangan rakyat yang tular di laman sosial.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak