Azan: Lafaz ‘Hayya Alassolah’ Akan Diperlahankan Di Kawasan Wilayah Persekutuan

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, lafaz hayya ‘alassolah (marilah bersembahyang) sewaktu azan akan diperlahankan bagi kawasan Wilayah-Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, lapor Awani

Beliau berkata cadangan itu telah disampaikan kepada wakil Istana Negara bagi menyembah maklum kepada Seri Paduk4 Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Berhubung dengan azan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ia adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, antara cadangan lain berkaitan kaedah azan.

Azan tetap akan dikumandangkan seperti biasa kerana ia adalah syiar Islam:

Setelah azan, mu’ azzin/bilal hendaklah berpesan, “Solatlah di rumah atau tempat kamu.” dalam Bahasa Melayu kerana ia lebih difahami oleh umat Islam di Malaysia. Ini bagi meraikan beberapa hadith riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad. Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin (1/208) menghukvmkan sunat bagi muazzin untuk menyebut sedemikian selepas azan.

Katanya, berdasarkan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Khas Bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri pada Selasa, semua arahan yang dikeluarkan di peringkat negeri mestilah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun begitu, isu berkaitan agama Islam diselaraskan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri, katanya.

Berkenaan pengurusan jen4zah korban c0v1d-19 yang beragama Islam, katanya, ia hendaklah dilaksanakan sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu jen4zah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jen4zah atau pembalut plastik yang membalut jen4zah itu.

Kelonggaran itu diberikan kerana ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jen4zah, katanya.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga m4ngs4 kes ke-178 dan kes ke-358 atas pemergian mereka. Pemergian mereka pada hakikatnya adalah tragedi yang memilvk4n buat negara,” katanya.

Sumber: Astro Awani

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak