”Biar p0lis ambil tindak4n…”- DS Shahida ser4h ‘kerja’ pada pihak p0lis

ISTERI kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menyerahkan sepenuhnya kepada polis susulan dakwaan suami wanita itu dikaitkan dengan kejadian memukvl anak angkat mereka berusia dua tahun.

“Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan,” katanya

Bagaimanapun, Nur Shahida enggan mengulas lanjut isu yang membabitkan suaminya.

Nur Shahida yang kini menunaikan umrah bersama anaknya sejak 23 Februari lalu berkata, sebaik-baiknya biar perkara itu diselesaikan pihak berwajib.

“Saya tidak ada apa nak komen. Biar polis buat kerja mereka,” katanya ringkas.

Sementara itu, Aliff ketika dihubungi memohon doa yang terbaik buat dirinya.

“Doakan yang terbaik,” jawabnya ringkas.

Ditanya lanjut mengenai dakwaan yang timbul, Aliff menyerahkan segala siasatan kepada polis.

Malah, buat masa sekarang, Aliff memaklumkan dia dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak mengg4nggu siasatan polis.

“Saya minta maaf sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis.

“Biar mereka membuat siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Aliff juga memohon masyarakat terutama warganet berhenti membuat sebarang spekulasi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan m4ngs4 yang berusia dua tahun dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga men1ngg4lkan kesan pada badannya.

Suspek dikatakan memukul m4ngs4 yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Harian Metro