“Saya Mahu Dikenali Menerusi Hasil Karya” – Benladin Tak Mahu Sertai Program Realiti?

Penyanyi Benladin tidak mahu menyertai mana-mana program realiti buat masa ini.

Menurut Ben yang pernah menyertai program realiti Idola Kecil 5 pada tahun 2012, dia lebih selesa dikenali dalam industri hiburan menerusi hasil karya dan bukannya populariti yang diraih daripada penyertaan dalam mana-mana program realiti.

“Baru-baru ini, saya pernah ditawarkan masuk program realiti namun terpaksa menolaknya ketika itu kerana mahu tumpukan perhatian sepenuhnya dalam menghasilkan lagu.

“Pada masa yang sama juga, saya selalu fikir mengenai impak program realiti terhadap saya, saya sedar ia mampu memberi populariti namun setakat ini saya selesa untuk berusaha sendiri sahaja. “Saya juga lebih suka dikenali dalam industri hiburan ini menerusi hasil karya berbanding perkara lain,” jelasnya.

Ben berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbarunya yang berjudul Rampung bertempat di The KL Journal Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu. Tambah Ben, dia juga mahu memberi ruang kepada penyanyi muda lain untuk menyertai program realiti.

“Memandangkan saya mahu fokus dengan karier saya, lebih baik saya beri peluang kepada penyanyi muda lain untuk menyertai program realiti. “Mereka boleh menceburi bidang muzik dan pada masa yang sama, program sebegitu mampu membantu mereka,” tambahnya.

Single Rampung boleh dimuat turun di iTunes dan stream menerusi semua portal muzik terpilih seperti Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music dan KKBox. Muzik video rasminya pula telah ditayangkan di laman YouTube sebulan lalu dan mendapat tontonan sebanyak 1.4 juta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jom semua dengarkan RAMPUNG di aplikasi @joox_my sekarang. Terima kasih @joox_my dan anda semua atas sokongan 😁 . . #rampung #benladin

A post shared by BENLADIN (@mohd_benladin) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak