Pelakon Soffi Jikan akui pada awalnya dia tidak ingin menonton hasil lakonannya dalam filem Jodoh Sy4it4n.
Jelas Soffi, dia khuatir lakonannya tidak menjadi selain tidak mencapai target yang diletakkan.
“Mula-mula saya memang tak nak masuk dalam pawagam sebab rasa t4kut dan tak yakin nak tengok lakonan sendiri.
“Saya bimbang lakonan saya tidak menjadi. Masa buat itu rasa seronok tapi t4kut apabila dah siap, lakonan itu tak jadi pula.
“Tapi saya paksa juga diri untuk tonton dan tak sangka saya men4ngis beberapa kali.
“Bukan nak puji sebab lakonan sendiri tapi filem itu ada magis dan menjadi bagus,” katanya kepada Gempak.
Soffi ditemui pada majlis tayangan perdana filem Jodoh Sy4it4n yang diadakan di Damansara, Petaling Jaya.
Dalam pada itu, pemilik nama Mohamad Shoffi Jikan menyatakan dia terpaksa menolak tawaran berlakon dari produksi Bollywood demi Jodoh Sy4it4n.
“Sebenarnya sekitar tahun 2018, saya pernah ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah iklan terbitan produksi dari Bollywood.
“Ini memang merupakan impian saya. Dapat pula watak utama, memang saya nak sangat.
“Tapi memikirkan komitmen dan ketika itu saya ada menerima tawaran berlakon filem Jodoh Sy4it4n, saya terpaksa tolak.
“Saya tak boleh nak beritahu iklan apa dan nama produksi.
“Terpulang la nak percaya atau tidak sebab saya sendiri pun terkejvt dapat tawaran tersebut,” katanya lagi.
Selain Soffi, filem Jodoh Sy4it4n ini turut dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Aprena Manrose, arw4h Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarul Yusoff, Fauziah Nawi dan ramai lagi.
Filem terbitan Da Motion Media ini bakal memulakan tayangan di pawagam seluruh negara mulai 5 Mac.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak