“Tak Sampai Hatl Nak Pvkul Mira Filzah,” Zarina Zainuddin

Pelakon senior, Zarina Zainuddin akui dia tidak sampai hati untuk melakonkan babak memvkul rakan pelakon, Mira Filzah atas beberapa sebab.

Bagaimanapun, sebagai pelakon masing-masing sudah sedia tahu mengenai watak yang dibawa perlu realistik.

Situasi tersebut diceritakan Zarina menerusi entri video di Instagram yang telah dikemas kini untuk tatapan umum.

“Tak sampai hati nak pvkul @mfmirafilzah sebab wajah dia suci, watak ni kot saya lemah dan Mira ni budak baik jadi nak pvkul sikit pun sayang.

“Tapi saya cakap kat dia pelakun yang baik yang boleh memberi dan menerima… dia pandang dan senyum takpe pvkul laa tapi jgn kuat kuat yea,” tulisnya sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar.

Dua bintang berkenaan kini dalam penggambaran drama terbaru arahan Rashid Sibir, Kau Bidadari untuk tayangan Ramadan nanti yang turut menampilkan Zul Ariffin sebagai bintang utamanya.

Sehingga kini, video yang dikongsikan Zarina sudah pun ditonton hampir 100,000 kali.

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin, Mira Filzah

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : KL PRESS