“Saya Dah Lancarkan Laman Web Sendiri Yang Saya Namakan…” – Dr. Amalina Mahu Berkongsi

Dr. Amalina Bakri, pakar bedah pelatih yang berada di London mengumumkan bahawa beliau kini sudah melancarkan laman web miliknya sendiri yang dipanggil ‘Ask Dr Amalina’.

Menurut Dr Amalina, dia akan berkongsi informasi tentang kesihatan secara amnya dan menulis blog tentang isu-isu keishatan semasa.

“Saya sudah berkongsi pengetahuan tentang perubatan dan fakta-fakta berdasarkan bukti-bukti secara kajian di media sosial selama beberapa tahun.

“Sudah tiba masanya untuk saya membawanya ke tahap seterusnya. Saya sangat teruja dengan projek terbaru ini dan saya harap anda juga dapat belajar sesuatu yang baru! Enjoy!” tulis Dr. Amalina di Twitter miliknya.

Dr. Amalina juga meminta pendapat pengikut-pengikutnya di media sosial tentang perkara yang mereka mahu dia bincangkan di blognya.

“Sila ambil perhatian bahawa ini bukanlah platform perundingan perubatan peribadi untuk anda dan keluarga anda.

“Ini merupakan platform untuk berkongsi informasi tentang kesihatan secara general untuk semua. Sila berjumpa dengan doktor berdekatan anda jika terdapat sebarang masalah kesihatan,” tulis Dr. Amalina lagi dalam Bahasa Inggeris.

Dr. Amalina atau Nur Amalina Che Bakri merupakan Pakar Bedah Am (Specialist Trainee) dan menjalani PHD Felo Penyelidikan Payud4ra di Imperial College.

Anda boleh ke laman web ‘Ask Dr Amalina’ di www.DrAmalina.com

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hi guys, I’ve just launched my own website called ‘Ask Dr Amalina’. I will be posting general health information and blog about current health issues. I’ve been sharing medical knowledge and facts based on research evidence on social media over the last few years and I think it is time for me to take it to the next level. I’m very excited with this new project and I hope that you will learn something new! Enjoy! P/s: Please note that this is not a platform to do personal medical consultation about yourself or your family members. This is merely a platform to share general health information to the public. Please see your local doctor for any health concerns. Thank you. Link: DrAmalina.com

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak