Gelaran PU Dicemari Kontr0versi, PU Taha Mengaku ‘Koy4k’ & Kini Guna Nama Dr T

Pencetus Ummah (PU) Taha tidak mahu lagi menggunakan gelaran PU disebabkan gelaran tersebut sudah dicem4ri beberapa siri kontr0versi segelintir bekas peserta program keagamaan itu.

Taha Mohd Omar yang juga naib juara program PU musim ketiga itu kini lebih selesa menggunakan nama Dr T sejajar dengan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang dimiliki.

“Bukan tak nak menggunakan nama PU tapi terlalu banyak kontr0versi yang mengaitkan nama PU.

“Lagipun dari segi jenama panggilan PU itu sudah tidak lagi membawa imej baik dan murni walaupun terjemahannya sangat baik iaitu pencetus ummah,” katanya.

Ditanya kenapa dia tidak lantang bersuara seperti PU lain yang berani memberikan kenyataan mengenai beberapa isu semasa yang berlaku, Taha berkata, dia enggan menjejaskan nama baik Astro.

“Pertama sekali saya tidak mewakili diri saya sendiri saja kerana saya turut membawa nama Astro, tempat saya lahir daripada program Pencetus Ummah.

“Jika saya lantang bersuara dan apa yang dihujahkan itu pasti melambangkan satu platform besar dikhuatiri akan dapat maklum balas yang buruk.

“Kita boleh bertindak tapi biarlah dengan cara berimpak dan tak semestinya perlu popular di media sosial semata-mata. Percaya atau tidak apabila kita lantang di media sosial, ia ibarat hangat-hangat t4hi ayam saja kerana isu itu hanya panas sekejap.

“Apa yang penting adalah melakukan sesuatu perkara dengan cara turun padang dan buat sesuatu yang memberi impak. Barulah apa yang ingin dicapai berjalan dengan baik seperti dilakukan pendakwah terkenal Ebit Liew,” katanya.

Menurut Taha, antara sebab lain juga dia tidak kuat untuk berhadapan dengan cerc4an dan krit1kan daripada netizen.

“Saya tak sedia nak menerima kejian dan hin4an daripada netizen. sed1h apabila anak atau isteri turut terpalit sama. Mudah kata saya cepat ‘koy4k’ apabila dihent4m dengan benda yang bukan-bukan,” katanya.

Panggilan Dr T mula dikenali ramai menerusi program Zayan Fikir dan sesi kelas belajar bahasa dalam segmen Salam Bros bersama Mawi dan Anas di stesen radio Astro, Zayan.

Sumber: Harian Metro

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak