“Tok Guru Suka Sebab Suara Adik…,” Foto Kenangan Qari Qayyim Bersama TGNA Und4ng Seb@k

Dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2020, qari istimewa dari negeri Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, sedang menjadi perhatian ramai kerana kelunakan suara dan bacaan yang lancar walaupun mengalami masalah penglihatan.

Telah beberapa  kali memasuki pertandingan tilawah, qari Qayyim sememangnya sejak dari kecil lagi menjadikan Al-quran sebagai ‘teman’ hidupnya.

Tular di Facebook beberapa keping gambar qari Qayyim bersama dengan allahy4rham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat pada suatu ketika dahulu. Gambar-gambar tersebut menyentuh hati ramai yang juga turut merindui sosok pemimpin parti agama itu.

Tahniah 

Qari Qayyim dari negeri Kelantan yang menggunakan Al-Quran Braille, Johan Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2020M. Matanya tak dapat melihat. Hatinya cerah dengan Al Quran.

Tahniah juga Bumi Serambi Mekah JUARA KESELURUHAN.

• Johan Qari Tilawah al-Quran

• Naib Johan Hafiz Hafazan 1-30 Juzuk

• Johan Hafizah Hafazan 1-30 Juzuk

• Johan Hafizah hafazan 1-20 Juzuk

Gambar : Kenangan Beliau bersama al Marhum Tok Guru

Teringat lagi seketika dulu ..

Tok Guru pi rasmi expo cheng ho dekat dengan bazar Tok Guru sekarang ni, sebelum Tok Guru berucap adik muhammad Qayim Nizar bin Sarimi insan yang istimewa ni baca AlQuran sebagai pembuka program. Tok Guru suka sebab suara adik Qayyim ni memang sedap. Habis program Tok Guru nak balik terserempak lagi dengan adik Qayyim. Tok Guru seluk poket jubah keluarkan sampul surat. Ingatkan apa, rupa2nya sampul surat tu tempat Tok Guru simpat duit, ramai yang terkejut. Untuk pengetahuan semua Tok Guru tiada dompet dan telefon bimbit semasa beliau menjadi MB kelantan. Al Fatihah 

 

 

Sumber: IMITS N32 Air Putih/Note Untuk Awak