Mungkin Penat Bekerja, Abang ‘Food Panda’ Tenangkan Diri Dengan Ayat Suci Al-Quran

Menunaikan ibadah sudah menjadi satu kewajiban dalam kehidupan seseorang muslim. Dapat menunaikan ibadah sunat pula sudah tentu menjadi nilai tambah yang baik menunjukkan rasa syukur kita kepada Maha Esa.

Satu laman Facebook Chicken Royale memuatnaik sekeping gambar kelihatan seorang penghantar makanan Food Panda sedang membaca Al-Quran.

“Semoga brader rider Food Panda ni sentiasa dirahmati Allah…best kerja Freelance mudah nak beribadah…syabas anak muda”

Mungkin selepas penat bekerja, pekerja Food Panda itu mengambil sedikit masa untuk berehat dan mengaji sebagai penenang diri.

Rata-rata warganet memberikan pujian dan kata-kata semangat kepada pemuda tersebut.

Sumber: Chicken Royale

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Siakap Keli