‘Boleh jumpa ibu tapi jangan rakam’- Ali Puteh menerima permohonan maaf Datuk Seri Aliff Syukri.

KUALA LUMPUR: Berpegang pendirian enggan memanjangkan kontr0versi berhubung dakwaan membolot harta peninggalan abang, allahy4rh4m Abam Bocey, pelawak Ali Puteh menerima permohonan maaf usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Ali memberitahu, Aliff boleh bertemu ibu dan keluarganya untuk menyatakan hasrat memohon maaf.

“Seperti dinyatakan pada sidang media, Jumaat lalu, saya tak mahu isu ini berlarutan.

“Cuma, jika beliau (Aliff) mahu berjumpa dan memohon maaf, boleh bertemu dengan ibu dan keluarga saya.

“Ibu saya tak pandai guna telefon pintar atau media sosial termasuk video yang dimuat naik.

“Tetapi satu sahaja syarat, saya minta beliau tidak membuat rakaman video pada pertemuan itu,” katanya kepada BH Online.

Ali mengulas pengakuan terbaru Aliff yang mahu memohon maaf atas kontroversi membabitkan balu arw4h Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan Ali.

Pada sidang media kira-kira jam 3 petang tadi, Aliff dilaporkan sedia bertemu ahli keluarga Abam untuk menyelesaikan semua isu berbangkit gara-gara perkongsian video live di Facebook (FB), baru-baru ini.

Aliff mendakwa tidak berniat melaga-lagakan mana-mana pihak dan sedia berjumpa ibu Ali seperti diminta.

Ali berkata, dia tidak mahu lagi mengungkit kisah lama.

“Kalau ikut rasa am4rah kita sebagai manusia biasa, memang akan terus dengan gej0lak begitu.

“Tetapi kita berbalik kepada cerita dan sejarah dulu. Nabi Muhammad SAW diuji dengan dugaan lebih besar berbanding kita.

“Jadi, saya tiada dendam kesumat dalam hati… Saya anggap masalah ini akan tamat,” katanya.

Jumaat lalu, Ali mengaku enggan memanjangkan kontroversi berhubung dakwaan memb0lot harta peninggalan arw4h abang dan mahu berjumpa kakak ipar untuk memohon maaf.

Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Rizuan, 31, berkata dia merancang bertemu Nurhidayah secara tertutup bagi menyelesaikan kem3lut itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online