Qazem ‘struggle’ cari makan?

KUALA LUMPUR: Dahulu, pelakon, Qazem Nor, 47, mengakui satu tawaran lakonan boleh menampung perbelanjaan selama tiga hingga empat bulan.

Berbeza hari ini, pelakon yang diperkenalkan menerusi drama, Misi XX-Ray pada 2006 itu memerlvk4n tiga hingga empat projek drama untuk menampung sebulan perbelanjaan.

Bagaimanapun, Qazem bersyukur sungguhpun dia tidak popular, tawaran lakonan yang diterimanya tidak putus, cuma yang membezakannya adalah kecil dan besar bayaran.

“Jujurnya, saya berjuang untuk terus berada dalam dunia lakonan. Tetapi, bukan saya seorang sahaja, ramai lagi artis berdepan dengan masalah yang sama. Ada yang terpaksa berhenti berlakon dan berniaga.

“Disebabkan itu, saya mengambil pendekatan sama menceburi bidang perniagaan. Saya memiliki produk lulur yang diusahakan sejak 11 tahun lalu. Bagaimanapun, berlakon tetap keutamaan kerana saya jatuh dan naik dalam bidang ini.

“Hidup saya kembali terisi disebabkan berniaga selepas bercer4i dengan isteri pertama. Alhamdulillah, rezeki dalam bidang lakonan tidak putus,” katanya kepada BH Online.

Jadi, Qazem menasihatkan pelakon lama jangan mudah berputus asa.

“Saya melihat contoh yang terbaik iaitu Faizal Hussein dan Zamarul Hisham. Mereka bukan sekadar mencari makan atau menjadikan lakonan sebagai hobi, tetapi bidang seni adalah jiwa.

“Keazaman Faizal dan Zamarul patut dicontohi. Saya percaya, jika kita malas tidak akan berjaya, tak kira apa sahaja pekerjaan yang dilakukan, biarpun berniaga pisang goreng.

“Sama seperti lakonan, jika tiada minat dan tidak diteruskan, bagaimana mahu berjaya?” katanya yang turut membintangi filem Mahathir The Journey.

Dalam perkembangan lain, Qazem membintangi drama bersiri, Boss… Mama Kirim Salam dan digandingkan dengan Siti Fazurina. Ini adalah drama berkonsepkan gaya hidup yang mengisahkan dunia penyiaran Islam.

Menerusi drama pertama terbitan TV AlHijrah itu, Qazem diberi kepercayaan menghidupkan watak utama.

“Saya berterima kasih kepada TV AlHijrah kerana memberi kepercayaan pada saya. Syukur, saya nampak orang luar mula menghargai pelakon-pelakon lama.

“Jujurnya, saya tidak lagi memandang populariti. Saya pernah merasa walaupun tidak sehebat Datuk Aaron Aziz. Sekarang ini, zaman saya membesarkan anak-anak.

“Selagi ada kerja untuk menyara anak-anak dan keluarga, saya sudah cukup bersyukur,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH