Ustaz Ded4h Ashraf ‘Berhajat’ Bawa Noah Dan BCL Tunai Umrah Sebelum Meninggal

Allahy4rh4m Ashraf Sinclair ternyata mempunyai harapan untuk menunaikan ibadah umrah.

Hal ini didedahkan oleh Ustaz Samsul Maarif yang baru berkesempatan untuk melawat tanah perkuburan kerana beliau sebelum ini sedang menjalankan ibadah umrah dan pergi ke Kaherah. Ustaz Samsul dan Ashraf Sinclair telah berkawan sejak tiga tahun yang lalu.

“Hubungan kami sangat baik, sangat harmoni dalam tiga tahun yang lalu,” kata Ustaz Samsul yang dipetik dari Youtube KH Entertainment.

Menurutnya, beliau dan Ashraf kali terakhir berhubung di antara satu sama lain ialah ketika dirinya berada di Madinah.

Dalam perbualan itu, Ustaz Samsul mengajak Ashraf dan keluarganya untuk menjalankan ibadah umrah.

Nanti kita akan ke umrah bersama ibu Bunga dan juga Noah

Ustaz Samsul mended4hkan Ashraf telah menyatakan harapan untuk umrah. Harapan itu disampaikan oleh Ashraf pada bulan Ramadhan tahun 2019 lalu.

Sumber: KH Infotainment, Tribun Ambon

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Siakap Keli