“Rumah Tu Abam Beli Sebelum Kahwin Jadi Bukan Harta Sepencarian.” Ali Puteh Jelas Dengan Panjang Dalam Video Ini

Dari semalam lagi, satu 1su yang melibatkan antara Ali Puteh dan juga isteri Allahy4rham Abam masih belum selesai.

Semuanya berpunca dari satu temubual Aliff Syukri dan produksi videonya bersama keluarga isteri Allahy4rham Abam Bocey.

Disebabkan itu, Ali telah memuat naik status di laman Instagram miliknya ditujukan kepada kakak iparnya itu.

Tulisannya agak keras dan telah pun dipadam oleh Ali.

Namun begitu, ramai netizen masih tidak berpuas hati dan terus men1ngg4lkan komen di laman Instagram Ali.

Menerusi satu perkongsian video, Ali telah menjelaskan apa yang telah berlaku sebenarnya.

Menurut Ali, 1su yang dibangkitkan sebenarnya sudah pun dibincangkan bersama-sama isteri Allahy4rham Abam.

1su kereta, dompet dan keluar rumah

Di antaranya adalah berkaitan kereta di mana Allahy4rham mempunyai dua buah kereta iaitu Velfire dan Myvi.

Selain itu adalah 1su dompet Allahy4rham yang dipegang oleh Ali kerana menurutnya ada pelbagai urusan perlu diselesaikan dahulu.

Mengulas 1su keluar dari rumah sehelai sepinggang, Ali memberitahu itu adalah keputusan isteri Allahy4rham sendiri yang mahu keluar dari rumah tersebut pada hari ke enam Allahy4rham ‘pergi’.

Malah menurut Ali lagi, anak ALlahy4rham telah dibawa ke klini menaiki kereta Myvi dan bukannya Grab seperti yang did4kwa.

Penjelasan penuh Ali Puteh di dalam video di bawah.

Sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan dari pihak isteri Allahy4rham Abam berkenaan 1su ini.

Terdahulu, kita telah dikejutkan dengan berita pem3rgian Allahy4rham Abam apabila beliau disahkan telah men1nggal dunia awal pagi Isnin minggu lepas.

Allahy4rham men1ngg4lkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini baru berusia lapan bulan.

jena4zah Allahy4rham telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkvburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Jangan dengar sebelah pihak

PELAWAK, Ali Puteh menerusi temubual di akaun Instagram @officialriax meminta semua pihak supaya tidak hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak sahaja mengenai 1su kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang dikatakan dianiaya oleh keluarga Ali selepas kem4tian Allahy4rham Abam Bocey.

Dalam temu bual itu, Ali menjelaskan hal sebenar yang membuatkannya mengeluarkan kenyataan berbaur emosi dan kasar di Instagram terhadap Nurhidayah, semalam.

“Yang membangkitkan kemar4han saya adalah, sampai saya dih1na. Kalau nak pergi berikan sumbangan, silakan. Tapi, bila balu arw4h bercerita perkara yang tidak sepatutnya, itu menimbulkan f1tnah sehingga ada yang menganggap saya dan keluarga ingin membolot harta arw4h.

“Jangan dengar daripada sebelah pihak untuk elak f1tnah berlaku. Ketika video temubual itu tular, saya sendiri pun tak tahu. Jadi, bila saya periksa, kami sekeluarga mendapat cemvhan.

“Itu sebabnya saya keluarkan perkataan (kasar) sebegitu. Kalau orang luar tahu perkara sebenar yang berlaku, mesti mereka akan lebih m4rah daripada saya,” katanya.

Dalam video berdurasi hampir 30 minit itu, Ali menjelaskan satu persatu perkara yang disebut oleh Nurhidayah dalam video temubual bersama Datuk Seri Aliff Syukri itu.

“Sejak hari kedua selepas arw4h men1nggal dunia, saya dah berbincang dengan isterinya untuk saya menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama adalah mengenai hut4ng.

“Untuk 1su telefon bimbit, saya yang menguruskan abang saya sebelum saya menjadi seperti sekarang. Tujuan saya meminta telefon bimbit itu adalah kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada di situ.

“Di situ juga saya dapat periksa kalau-kalau arw4h ada sebarang hutang yang perlu dilangsaikan. Saya dan keluarga tak perlvk4n pun telefon itu kerana masing-masing, arw4h dah belikan telefon bimbit,” katanya.

Untuk 1su berkaitan dompet Abam yang diambil daripada Nurhidayah, Ali memaklumkan tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat kad ahli Seniman.

“Bila dicerita bahawa kami mengambil dompet milik Abam daripadanya, ia umpama satu benda besar. Sebenarnya, saya terima panggilan daripada seorang sahabat yang inginkan maklumat mengenai nombor keahlian Persatuan Seniman yang dianggotainya untuk menguruskan khairat kem4tian.

“Bila saya terima dompet itu, yang ada cuma kad-kad biasa, tanpa wang dan juga kad-kad bank. Jadi, bila saya tanya kepadanya, dia cakap tak ada duit dan arw4h tak ada tinggalkan apa-apa.

“Mustahil kerana saya bersama arw4h selama 31 tahun dan saya tahu abang saya memang sentiasa akan ada duit bersamanya. Saya pesan kepadanya, kalau termakan duit itu, itu kesilapan kerana belum faraid apa-apa.

“Dia juga pegang kad bank arw4h. Saya tanya kenapa dia buat begitu sedangkan kita dah berbincang untuk saya uruskan semuanya. Kalau dia takut saya ambil duit dari akaun arw4h, tak ada gunanya sebab kalau seseorang sudah men1ngg4l, akaunnya akan disekat. Saya cuma nak kumpul semuanya untuk tujuan faraid,” katanya.

Menyambung sesi temu bual, Ali bercerita mengenai 1su kereta yang ditimbulkan Nurhidayah.

“arw4h ada dua kereta iaitu Toyota Vellfire dan Perodua Myvi. Vellfire itu saya dan arw4h yang susun dan beli. Bila dia men1nggal dunia, itu adalah hutang. Saya dah terangkan kepada isterinya mengenai amaun bayaran bulanan dan sekiranya dia mampu, dia boleh menyambung bayar.

“Saya pun dah ada banyak kereta. Buat apa saya nak ambil kereta itu? Satu lagi kereta adalah MyVi yang disambung bayar oleh arw4h daripada pakcik kami. Sebelum arw4h men1ngg4l, dia ada meminta pakcik saya untuk kirakan berapa jumlah baki hut4ng.

“Dia juga meminta supaya bila dah selesai bayar, dia nak tukarkan nama pemilikan MyVi itu kepada isterinya. Benda itu pun saya dah terangkan kepada isterinya. Tapi, sementara itu saya yang bertanggungjawab menyusun semuanya supaya lebih mudah urusan selepas ini,” katanya.

1su lain adalah mengenai Nurhidayah yang did4kwa terpaksa membawa anak ke klinik dengan menaiki Grab.

“Hari keempat, dia bersama kedua ibu bapanya masih berada di rumah arw4h bersama ibu saya. Saya pun berada di situ untuk menjaga ibu saya. Mustahil ada 1su untuk membawa anak ke klinik kerana ibu saya yang memintanya membawa anak ke klinik kerana demam.

“Jadi, pemandu arw4h membawa ibu saya dan anak arw4h ke klinik dengan menaiki MyVi. Dari mana datangnya cerita dia terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab? Mustahil saya tak izinkan dia bawa kereta,” katanya.

Menyentuh mengenai d4kwaan yang mengatakan Nurhidayah dihalau keluar dengan sehelai sepinggang, Ali menafikan perkara itu.

“Dia sendiri yang nak keluar dari rumah. Kalau mengikut hukvm, tempoh edah adalah selama empat bulan 10 hari. Tapi, pada hari keenam, dia ambil keputusan untuk keluar bersama keluarganya.

“Saya beritahu dia bahawa esok adalah hari ketujuh arw4h men1nggal dunia dan nak diadakan majlis tahli. Saya tak tahu, mana isi hati dan keperibadian dia sebagai balu. Dia tetap nak balik pada petang Sabtu itu juga.

“Untuk 1su sehelai sepinggang pula, itu mustahil kerana biliknya tak ada barang termasuklah wang-wang tabungan serta koleksi jam tangan mahal milik arw4h. Semuanya dibawa bersama,” katanya.

Kata Ali, sebagai orang Islam, dia tahu hukvm agama mengenai hak waris dan keluarga si m4ti.

“Dalam hukvm agama, walaupun harta yang ada cuma RM1, itu pun faraid. Faraid yang saya tahu, ada tiga bahagian. Satu perenam adalah untuk ibu, satu perlapan adalah untuk isteri dan selebihnya untuk waris lelaki. Jadi, saya dan adik beradik lain tak ada hak pun dalam kesemua harta arw4h.

“Cumanya, persetujuan yang dibuat pada hari kedua adalah untuk saya membantu menyusun proses faraid itu supaya lebih mudah dan dia sendiri pun bersetuju,” katanya.

Menjelaskan tindakannya mengeluarkan kata-kata kasar dan beremosi terhadap Aliff, Ali berkata itu adalah sebagai pengajaran buat usahawan itu.

“Semasa kami hidup susah, kau tak ada muncul pun. Sewaktu arw4h men1ngg4l, kau tak pernah datang melawat. Bila perkara begini berlaku, macam kau jadi hero.

“Keluarga saya diajar untuk tidak mengambil hak orang lain. Walaupun kami bersama-sama bekerja di dalam industri, saya tak pernah ambil duit dia.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, kalau saya bohong, cabutlah nyawa saya. Saya lagi rela m4ti daripada ibu saya dih1na sebegini,” katanya.

Ali juga menutup sesi temu bual itu dengan meminta maaf dan akan mengundur diri daripada industri sekiranya tidak diperlvk4n lagi.

“Harapan saya kepada semua, maafkan kami sekiranya terkasar bahasa. Saya juga maafkan semua. Janganlah dih1na dan dikeji keluarga kami.

“Saya naik bukan kerana diri saya, tapi kerana Allah dan anda yang mengangkat kami adik beradik. Kalau dah tak perlvk4n saya, saya rela undur diri dari industri untuk jaga mak saya.

“Biar kita susah, jangan kita dih1na,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :Ria X/RoseMerah