Penyampai radio Mix FM, Aishah Sinclair akui amat bersed1h dengan pemerg1an abangnya Allahy4rham Ashraf Sinclair pada Selasa.
“Tempat berehat terakhir buat kamu (arw4h). Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, membuat panggilan dan ‘terbang’ ke Jakarta untuk arw4h abang saya.
“Ia hari yang cukup menyed1hkan serta sukar buat saya dan keluarga pernah lalui.
“Kasih sayang dan sokongan kalian amat bermakna buat kami. Satu yang pasti, abang saya amat disayangi,” tulisnya.
Aishah berkongsi luahan hatinya itu di akaun Instagram miliknya lewat malam semalam.
Dalam entri itu, Aishah berkongsi foto hitam putih pus4ra abangnya.
Sejak pagi semalam, Aishah serta seluruh ahli keluarga termasuk isteri arwah Bunga Cinta Lestari tidak memuat naik sebarang entri di media sosial sehingga lewat malam tadi.
Ashraf Sinclair, pelakon kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia itu dilaporkan men1nggal dunia akibat ser4ngan jantung pada pagi Selasa.
Allahy4rham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah Aidan Ashraf berusia 10 tahun.