Ibu Mempunyai Kereta Terkot0r Di Dunia, Ambil 7 Jam Untuk Bersihkan

Secara purata, pengguna jalan raya memandu selama 293 jam setahun. Bagi sesetengah orang kereta diibaratkan sebagai rumah kedua.

Lebih-lebih lagi bagi para ibu sama ada yang bekerja mahupun surirumah, kesibukkan dalam melaksanakan tugasan harian seperti menjemput anak-anak dari sekolah dan membeli barangan dapur pasti menghalang mereka dari menyedari keadaan kereta mereka yang tidak terurus.

Setelah tempoh tertentu, semua kenderaan pun akan menjadi kotor dan perlu dibersihkan.

Walau bagaimanapun, sebuah kereta milik seorang ibu dari Australia ini mampu membuat kereta-kereta kotor yang lain nampak bersih.

Pemilik kereta terkotor itu yang tidak dinamakan menyerahkan kereta Mazdanya kepada Proline Automotive di New South Wales, dan meminta keadaan keretanya itu dikembalikan kepada asal.

Keadaan kereta tersebut sangat teruk ibarat tong sampah, sehingga syarikat pembersih terpaksa berkongsi imej dalaman kereta tersebut yang penuh dengan pelbagai kesan kotoran, rasa melekit, dan bau yang tidak menyenangkan.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, tempat duduk belakang kereta itu dilihat bersepah dengan batang lollipop, pembalut gula-gula dan serpihan biskut.

Proline Automotive berkata walaupun mereka biasanya hanya berkongsi gambar hasil kereta selepas dibersihkan, tidak selalu mereka berdepan dengan situasi seperti itu menyebabkan mereka terpaksa berkongsikan gambar menjijikkan kenderaan tersebut.

Untuk mengembalikan kereta terkotor itu kepada keadaannya yang asal, pasukan pembersih menghabiskan tujuh jam untuk menghilangkan kotoran dari setiap inci interior kereta wanita tersebut.

Hasil kereta selepas dibersihkan

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen pada posting tersebut meluahkan rasa geli dan tidak dapat membayangkan memandu kereta seperti itu sambil membawa kanak-kanak.

Ada juga yang mempersoalkan keadaan rumah wanita tersebut jika keretanya kelihatan seperti itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : UNILAD, Facebook