Artis Ukir B4dut H4ntu Pennywise Dari Salji Di Taman Permainan

Musim salji adalah masa di mana kebanyakkan orang akan membina orang salji di luar rumah untuk lebih memeriahkan suasana.

Secara tradisi, orang salji adalah satu figura yang comel dengan badan yang bulat, berhidung lobak, tangan dijadikan dari ranting kayu, serta memakai skaf.

Seorang artis walau bagaimanapun telah menghasilkan orang salji yang agak berbeza dari watak-watak orang salji biasa dilihat pada musim sejuk.

Alexander Savski, seorang artis dari Sarov, Rusia, telah membina satu ‘snowman’ berdasarkan watak Pennywise dari filem ‘It’. Badut h4ntu tersebut diukir sedang duduk di atas buaian di sebuah taman permainan.

Alexander mendapat idea untuk menghasilkan kraf unik itu apabila dia menyertai satu pertandingan membina orang salji.

Dengan bakat seni serta lokasi dan belon yang diletakkan pada badut h4ntu itu, hasilnya memang mampu membuat sesiapa sahaja meremang.

Menurut Alexander, dia perlu menunggu cuaca berada dalam suhu tertentu untuk mula membina ukiran menyeramkan itu.

Oleh kerana salji perlu sempurna bagi memudahkan proses ukiran, suhu cuaca perlu berada di atas takat beku. Oleh itu Alexander akan sentiasa mengikuti ramalan cuaca setiap hari untuk mendapatkan masa yang paling sesuai.

Proses mendirikan orang salji Pennywise itu hanya mengambil masa beberapa jam dan artis berkenaan berjaya menyiapkan projeknya sebelum waktu malam.

Menurutnya lagi, walaupun cuaca baik ketika itu, salji yang dibentuk tetap cair dan mudah terlerai. Oleh kerana tidak mempunyai pembantu, dia terpaksa sentiasa ‘touch up’ binaannya itu sambil mengambil gambar.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :Bored Panda, Instagram via HCL