“Tiba Masanya, Saya Akan Kongsi,” – Bella Astillah ‘Kunc1 Mvlut’ 1su Berbaik Dengan Bek4s Suami, Bakal Rujvk?

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak mahu memberikan sebarang k0men mengenai st4tus hubungannya dengan bek4s suami, Aliff Aziz yang kini did4kwa berbaik semula. 

Menurutnya, ia adalah untuk menghormati keputusan keluarga kedua-dua belah pihak. 

Keluarga saya dan Aliff sudah berbincang mengenai hubungan kami. Apabila tiba masanya nanti, kami akan kongsikan juga.

“Sekarang saya tidak boleh kongsi apa-apa kerana mahu menghormati permintaan keluarga masing-masing”.

“Biarlah ia menjadi suatu perbincangan dengan keluarga terlebih dahulu buat masa ini,” katanya jujur.

Bintang ini ditemui MH di Pokok Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu sempena majlis pelancaran produk Luxe Perfect Cover Foundation By Bella Astillah.

Ditanya mengenai ada netizen yang seakan tidak bersetuju sekiranya Bella dan Aliff kembali bersatu, ini jawapan pelakon tersebut;

Ramai orang tidak faham dan cakap orang lain pun bercer4i serta ada anak tetapi masih boleh teruskan hidup.

“Biarlah beribu kali saya jelaskan, kerana mereka tidak berada ditempat saya. Orang masih ingat saya pentingkan diri sendiri.

Kalau saya pentingkan diri, saya masih ada keluarga yang sentiasa kuat memberi nasihat dan pasti menegur jika saya buat keputusan tidak betul.

“Alhamdulillah, mereka sangat memahami dan nampak kebaikan terhadap apa yang saya lakukan,” jelasnya lagi.

View this post on Instagram

Lamanya tak selfie dengan ayden. Btw ramai pulak yang dah tanya bella pasal contest Make up bella tu siapa nak join tu komen “NAK JOIN CONTEST”, bella nak tengok ni 🧐🤔 . @luxeperfectcover #luxeperfectcover

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Dalam perkembangan lain, bintang ini juga bakal mengeluarkan single terbaru berjudul Tenang pada hujung bulan ini. 

Terdahulu, Bella dan Aliff berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean, 2 tahun.

Mereka bercer4i tal4k satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 16 Mei tahun lalu.

Sementara itu, Bella kini terlibat sebagai pengasas bersama (Co-Founder) bagi produk Luxe Perfect Cover Foundation. 

Produk tersebut diwakili oleh pengasasnya, Puan Wan Noramaliyana Farida.

Malah, beliau mendapat sokongan dari suaminya, Tarmizi dalam membina empire Yanzi Cosmetic.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Foto : Instagram Bella Astillah

Sumber :MH