“S4kit Bila Pergi Si Kasih” – Achey Susun Nama Lagu Single Nyanyian Dirinya, Fad Dan Abam

Keh1langan sahabat sejati Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey bin Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey memang sangat dirasai oleh Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir bin Hamzah dan Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie bin Nizam.

Keakraban mereka melalui gabungan Kumpulan Bocey sememangnya tidak dapat disangkal. Pemerg1an Abam pada hari Isnin lalu memberikan kes4n yang sangat besar bukan sahaja kepada ahli keluarga dan sahabat handai, tetapi juga kepada mereka berdua, apatah lagi ketika itu Fad berada di luar negara.

Sebagai peminat setia yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka, media sosial mereka dipenuhi dengan cerita keakraban di antara satu sama lain.

Malah sambutan hari lahir Fad pada 13 Februari juga disambut di rumah arw4h Abam selepas tamat majlis tahlil yang diadakan.

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa ketiga-tiga mereka iaitu Achey, Fad dan Abam masing-masing mempunyai single tersendiri.

Dalam satu entri di Instagram milik Achey, dia menyusun cantik tajuk lagu single nyanyian setiap daripada mereka.

“Alhamdulillah, cantik susunan bila aku buka YouTube,” tulis Achey.

View this post on Instagram

Alhamdulillah Cantik susunan bila aku bukak youtube… #sakit #bilapergi #SIKASIH #nampakjedoaterus #kitabaikramaisayang #bocey

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Single Achey yang bertajuk ‘Sakit’, single Fad yang bertajuk ‘Bila Pergi’ dan single Abam yang bertajuk ‘Sikasih’ digabungkan Achey menjadi ‘Sakit Bila Pergi Sikasih’ walaupun hanya kebetulan, tetapi membayangkan perasaan mereka ketika ini yang kehilangan Abam.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahy4rh4m  Syed Umar Mokhtar dan semoga allahy4rh4m di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak