“Manjanya…”- Baik dibalas baik, Naim Daniel ded4h pertama kali merasa pakai jam mahal…

Sedari kecil kita pasti telah diajar oleh ibu bapa mahupun guru di sekolah untuk sentiasa buat baik tidak kira sesiapa. Bahkan kita sering mendengar peribahasa, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.

Baru-baru ini, tul4r satu rakaman video dimana selebriti dikenali sebagai, Shuib Sepahtu telah memberikan satu jam tangan limited kepada penyanyi dan pelakon muda, Naim Daniel.

Shuib Sepahtu bagi jam limited untuk Naim Daniel

Ini kerana, dia sudah berniat untuk memberikan jam kesayangannya itu kerana Naim Daniel telah dinobatkan sebagai juara AJL 34.

Shuib Sepahtu walau bagaimanapun, memberitahu bahawa Naim Daniel juga suka memberikan orang hadiah tanpa berkira.

Terbaru, Naim Daniel menerusi Instagram meluahkan rasa gembiranya setelah dapat hadiah jam berkenaan dan siapa menyangka, itu merupakan hadiah istimewa baginya kerana pertama kali dapat memakai jam mahal.

Naim Daniel ucap terima kasih buat Shuib

View this post on Instagram

Selalu bila pergi show, saya suka bagi jam, jaket, kasut, gelang saya pada random crowd semasa persembahan saya. Pagi selepas AJL 34 di konti @hotfm976 , abang @shuibsepahtu perSEMBAHkan jam kesayangan dia pula sebagai hadiah kemenangan saya, kita ni dah tak larat nak nangis semalam, nangis lagi pagi tu. Pertama kali merasa pakai jam mahal-mahal ni. Berat… Terima kasih abangku @shuibsepahtu , insyaallah lepas lagu SEMBAH , kita siapkan lagu “Sudah” untuk kakak @sitisarahraissuddin sayang ! Moga Allah setuju !

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

“Selalu bila pergi show, saya suka bagi jam, jaket, kasut, gelang saya pada random crowd semasa persembahan saya.”

“Pagi selepas AJL 34 di konti Hot FM, abang Shuib Sepahtu perSEMBAHkan jam kesayangan dia pula sebagai hadiah kemenangan saya, kita ni dah tak larat nak nangis semalam, nangis lagi pagi tu. “

Naim Daniel ketika memenangi gelaran Juara di Anugerah Juara Lagu ke-34.

“Pertama kali merasa pakai jam mahal-mahal ni. Berat… terima kasih abangku Shuib Sepahtu, insyaAllah lepas lagu SEMBAH, kita siapkan lagu ‘Sudah’ untuk kakak Siti Sarah sayang! Moga Allah setuju!”

Perkongsian video itu sekali lagi mencuri tumpuan ramai dengan lebih 260,000 tontonan dan pelbagai komen diberikan.

Shuib Sepahtu juga tinggalkan komen di posting

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Instagram Naim Daniel via HCL