Perkahwinan merupakan satu perkara yang cukup manis. Pasti ramai pasangan diluar sana yang ingin mengadakan majlis perkahwinan yang meriah untuk meraikan hari bahagia ini. Namun pada masa kini, kos yang diperlukan untuk mengadakan sesuatu majlis bukanlah kecil.
Kadangkala bakal pengantin terpaksa melakukan kerja sampingan untuk mencari duit tambahan. Namun begitu, perkahwinan boleh saja dilakukan secara sederhana sahaja mengikut kemampuan masing-masing.
Seorang pengguna twitter, Cassablanca telah berkongsi di laman laman twitternya mengenai kegigihannya melakukan pelbagai kerja dalam sehari untuk mengumpulkan wang.
7:30am – 1pm . Kerja cuci pinggan
2pm – 4pm . Runner sendirian
4pm – 10pm . Meniaga nasi goreng kg ( helper & tukang runner ) .
Hujung minggu ikut catering .Awak yg jauh di sana sabar ye . Saya tengah kumpul duit ni nak sarung cincin . #NakBerjayaJanganMalas pic.twitter.com/ugeHWn4NcK
— Cassablanca . (@Sidqyazis_) February 5, 2020
Kegigihan lelaki ini yang berusaha mencari rezeki untuk berkahwin merupakan satu niat yang baik malah dia bersungguh-sungguh bekerja keras untuk dirinya dan juga kekasih hatinya.
Usaha yang dilakukan oleh lelaki ini harus dicontohi oleh anak muda yang lain.
Rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif dan mendoakan semoga lelaki ini terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.
“Aku doakan murah rezeki and dapat halalkan hubungan cepat-cepat bro”
“May your hard works paid off, bro”
“Bro, salute. I feel you bro”
sumber: Cassablanca .
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Siakap Keli