Zynakal Dedah Dirinya Anak Angkat, Ibu Kandung Seorang Pengemis

Tahun lalu, kontroversi panas terpalit penyanyi Zynakal sehingga terpaksa ditahan di wad psik1atri bagi menjalani rawatan pemulihan di h0sp1tal. Bagaimanapun, tahun 2020 Zynakal mahu membuka buku baru dan menyesali kesilapannya terdahulu.

Baru-baru ini, Zynakal membuat pendedahan tentang dirinya merupakan seorang anak angkat dan langsung tidak mengenali ibu dan bapa kandungnya. Menerusi satu rakaman eksklusif, Zyanakal berkata dia hanya mengetahui perkara itu ketika berusia 10 tahun.

“Ketika berada di balai p0lis, barulah ibu memberitahu yang saya merupakan anak angkat. Selepas itu, saya terus menangis kerana merasakan suatu kehilangan dalam diri saya.

“Selama ini saya rasa ibu adalah emak saya yang sebenar. Saya akui memang sukar untuk menerima hakikat tersebut, apatah lagi saya diberitahu ibu kandung saya seorang pengemis,” katanya.

Menurut Zynakal, ibu kandungnya telah menyerahkannya kepada ibu angkatnya untuk dibesarkan sejak dia dilahirkan lagi. Dalam pada itu, Zynakal turut meluahkan hasratnya untuk mencari kedua-dua ibu bapa kandungnya.

“Buat masa ini belum tiba masanya lagi kerana sehingga kini saya masih belum dapat balas lagi jasa ibu angkat yang telah membesarkan saya,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya