“Umur Berapa Mama Akan M4ti?” – Ini Respons Shahida Menjawab Pertanyaan ‘Berani’ Anaknya…

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida mended4hkan bahawa anak lelakinya, Ibraheem Adham ada bertanyakan mengenai soal kem4tian kepadanya.

Menurut Shahida, pertanyaan itu membuatkan dirinya terkedu dan tidak tahu mahu memberikan respons yang sepatutnya bagi menjawab persoalan anaknya itu.

“Semalam @baemadham_terlajaklaris tanya ‘Mama umur berapa mama akan m4ti?…Abah m4ti dulu ke mama m4ti dulu? Baem rasa mama m4ti dulu sebab mama kan lagi tua daripada abah!!’ 

“Tak tahulah nak gelak ke nak sed1h tetapi positifnya kita ingat kem4tian kan,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan Shahida menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semalam @baemadham_terlajaklaris tanya “mama umur berapa mama akan mati?…abah mati dulu ke mama mati dulu? baem rasa mama mati dulu sebab mama kan lagi tua dari abah!!”😬… (x tau lah nak gelak ke nak sedih tapi positifnya kita ingat kematian kan) . Jadi sebelum mama tutup mata,ingat pesanan mama ni utk semua anak2 mama,Ammar,Qadejah,Ibraheem,Ameena,Yusoff dan Raudhah.. . “Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah banyak kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini”

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Perkongsian Shahida itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata terhibur dengan pertanyaan spontan yang keluar daripada Baem.

“Saya bukan gelak sebab kelakar. Saya tergelak sebab terkesima dengan pertanyaan anak datin. Kalau saya kat tempat datin, anak saya tanya macam tu, sah-sah saya pun macam Datin rasa.

“Bijak Baem ni, pemikiran dia lebih dewasa dari umurnya, semoga Baem terus membesar menjadi anak yang soleh 

“Anak kita siap lukis kubvr kita sis.. bagusnya mengingatkan kita tentang kem4tian,” komen sebahagian pengikutnya. 

Begitupun, Shahida turut menitipkan pesanan buat anak-anaknya.

“Jadi sebelum mama tutup mata,ingat pesanan mama ni untuk semua anak-anak mama, Ammar, Qadejah, Ibraheem, Ameena, Yusoff dan Raudhah.

“Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah banyak kapal karam di dalamnya. 

“Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat daripada terses4t di lautan hidup ini,” katanya.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiya serta seorang anak angkat, Ameena.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak