Bawa gambar arw4h mak ayah ke majlis konvo, graduan pergigian ini buat netizen seb4k

“SAYA tak sangka ia (hantaran) boleh tul4r kerana sekadar berkongsi apa yang terbuku di hati, namun gembira jika perkongsian itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain,” kata graduan Ijazah Pergigian Jordan University of Science and Technology, Muhammad Amir Rusydi Mohd Nasir, 23.

Muhammad Amir Rusydi mencuri perhatian netizen di media sosial sejak tiga hari lalu apabila memuat naik gambar memaparkan dia memegang gambar ibu bapanya yang sudah men1ngg4l dunia pada majlis konvokesyen di universiti itu.

Netizen rata-ratanya tersentuh selepas membaca luahan dan melihat gambar Muhammad Amir Rusydi memakai persalinan konvokesyen sambil memegang gambar bapanya Mohd Nasir Hassan dan ibu, Kamariah Mohd Razhali.

Muhammad Amir Rusydi berkata, gambar itu diambil selepas selesai majlis konvokesyen pada 17 Jun la

Anak kelapan daripada 10 beradik itu berkata, gambar itu dibawa bersama ke majlis berkenaan bagi mengabadikan kenangan ibu bapanya yang sudah men1ngg4l dunia.

“Ayah saya men1ngg4l dunia kerana ser4ng4n j4ntung pada 19 Jun 2009 manakala ibu akibat b4r4h pada 13 Disember 2013, setahun sebelum saya menyambung pengajian di Jordan.

“Tipulah kalau tidak rasa berputus asa tetapi saya kuatkan semangat kerana mahu membanggakan ibu dan ayah walaupun mereka sudah tiada.

“Alhamdulillah, saya berjaya sempurnakan pengajian selama lima tahun di sini (Jordan) dan membuktikan status anak yatim piatu bukan penghalang untuk ke menara gading,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Amir Rusydi berkata, dia bercadang untuk pulang ke tanah air pada minggu depan selepas semua urusannya di Jordan selesai.

“Selepas kembali ke tanah air nanti, saya akan melapor diri di Majlis Pergigian Malaysia (DMC).

“Kemudian, saya akan berehat sementara menunggu tawaran untuk berkhidmat sebagai doktor gigi di h0sp1tal kerajaan yang ditetapkan,” katanya.

Menerusi hantaran pada 19 Jun lalu, Muhammad Amir Rusydi meluahkan rasa syukur dan kegembiraannya kerana dapat ‘membawa’ arwah ibu dan ayahnya bersama ke majlis konvokesyen, walaupun sekadar di dalam gambar.

Muhammad Amir Rusydi turut mendoakan kebahagiaan dan berharap kebaikan dan pahala diperoleh sebagai seorang doktor nanti dapat disalurkan kepada ibu bapanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Kulihatlangitbiru.com