Pengakuan Dina buat lelaki kurang menyenanginya….:-Tak ada salahnya kenyataan Dina

BARU-BARU ini, Cik Pang terbaca kenyataan yang dibuat penyampai radio, penyanyi, pelakon dan pengacara, Dina Nadzir yang dengan berani mengaku dia men0lak lelaki yang ketiak berbau.

Cik Pang yang membaca pengakuan Dina itu memang rasa sangat kelakar. Bahkan, Cik Pang dapat berasakan pasti ramai lelaki yang kurang menyenanginya.

Tekaan Cik Pang memang betul, rata-rata komen warganet yang Cik Pang baca memang beng4ng, tak puas hati dan ger4m dengan kenyataan Dina.

Bagi Cik Pang, Dina tak buat salah. Pengakuan dibuatnya berkaitan kriteria lelaki pilihan dan dia semestinya ada ciri-ciri tersendiri.

Jadi, tidak wajar untuk Dina dihent4m atau dikec4m tervk oleh warganet hanya disebabkan pengakuan jujur yang dibuatnya.

Pada pandangan Cik Pang, sama ada wanita atau lelaki, siapa yang inginkan pasangan ketiak berbau? Takkan nak duduk dekat, asyik kena tutup hidung sebab susah bernafas?

Untuk pengakuan dibuat Dina, seelok-eloknya dilihat daripada sudut positif. Apatah lagi, bau wangi memang perlu kerana mengharumkan suasana persekitaran walau di mana saja berada.

Bagaimanapun, sekarang ini masalah ketiak berbau pada Cik Pang ada ubatnya. Dalam pasaran, ada pelbagai produk yang bagus dan diyakini sesuai digunakan untuk atasi masalah bau badan.

Cuma adakah produk wangian itu sanggup dibeli? Bagi mereka yang menjaga penampilan, Cik Pang yakin sanggup berbelanja.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Hmetro