Siapa yang tak kenal dengan pelawak sorang ni Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhammad. Selesa dengan panggilan Shuib, dia dilahirkan pada 12 September 1984. dia mula mencipta nama dalam industri hiburan menerusi program Raja Lawak.
MASUK INDUSTRI HIBURAN MENERUSI RAJA LAWAK
Selepas dinobatkan sebagai juara program tersebut pada tahun 2009, Shuib dan ahli anggota yang lain Mamat dan Jep semakin dikenali serta mendapat tempat di hati penonton dengan lawak bersahaja mereka bertiga.
SEPAH TIADA KESEFAHAMAN DAN BERPECAH
Sehingga lah pada tahun 2011, Jep dan Shuib mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan Sepah dan menubuhkan kumpulan baru iaitu Sepahtu atas dasar tiada kesefahaman lagi. Shuib dan Jep bergerak secara berduaan sehingga lah pada hari ini.
View this post on Instagram
SHUIB SEMAKIN BERJAYA, TAYANG KERETA MEWAH
Hari demi hari, kita dapat lihat kejayaan diraih oleh mereka berdua terutama si Shuib. Selain pak lawak, Shuib juga bergelar penyampai radio dan juga usahawan. Menerusi instagram, dia sering dilihat memuat naik foto bersama kereta mewah.
SIKAP MENUNJUK
Lalu tindakannya ini mengundang aksi kurang selesa dari segelintir masyarakat. Ada yang berpendapat tujuan Shuib memuat naik gambar kereta mewah adalah untuk menunjuk kepada peminat dengan apa yang dimiliki.
TERIKUT DENGAN BUDAYA MENAYANG KEMEWAHAN
Tak kurang dari itu, ada mulut netizen menyampaikan perkara ini bersifat terikut-ikut dengan budaya sesetengah pihak yang memiliki kekayaan kemudiannya menayang kemewahan tersebut di khalayak umum.
HANYA BERKONGSI MINAT
Walau bagaimanapun, Shuib tampil memberikan penjelasan berhubung isu terbabit. Jelasnya dia bukan menunjuk atau menayang kemewahan kepada peminat. Apa yang ingin disampaikan adalah berkongsi minat yang dimiliki.
TAK SUKA JANGAN FOLLOW
Sekiranya ada peminat kurang selesa dengan perkongsian itu, dia meminta agar tidak follow akaun instagramnya agar tiada pihak yang terasa hati kelak.
Tambah Shuib, perkongsian dia juga berniat untuk memotivasikan diri. Untuk mencapai kejayaan perlukan usaha serta kerja yang keras. Jadi, apabila adanya target, secara tidak langsung kita akan berusaha ke arah matlamat yang sudahpun kita tetapkan.
View this post on Instagram
DAH BERGELAR JUTAWAN
Sebagai rekod, Shuib dikatakan pernah bergelar jutawan. Namun dia dengan rendah diri menolak dakwaan tersebut. Apa pun tahniah diucapkan buat Shuib kerana berjaya buktikan yang sesiapa pun mampu berjaya.
Yang penting usaha dengan gigih tanpa toleh ke belakang. Sebagai netizen, jangan terlampau berfikiran negatif terhadap sesuatu perkara. Jadikan perkongsian yang baik sebagai pemangkin semangat untuk kita untuk turut berjaya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Meecks