‘Harap Dato Istiqomah’ Terima Jersi Dari Raja Permaisuri Agong, Ini Respon Lucu Netizen Kepada Mufti

Semua sedia maklum, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan antara peminat bola sepak tegar dan penyokong Liverpool. Selain berdakwah, beliau sering juga memuat naik status lucu mengenai bola sepak.

Terbaru, beliau menerima 3 helai jersi yang tertera namanya di belakang berserta nombor kegemarannya iaitu nombor sebelas dari Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Terima jersi nombor kegemaran saya

Mendapat lebih 1k retweet, perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan itu jadi bualan lucu netizen apabila jersi yang dihadiahkan dari Tunku Azizah bukanlah dari pasukan Liverpool. Rata-rata menasihati mufti agar kuatkan iman dan tidak beralih arah dari menyokong pasukan lain.

Kalau sebelum ini Mufti Wilayah Persekutuan sering kali membuat perkongsian di laman sosial yang memuji kehebatan pemain dan pasukan Liverpool itu sehingga menarik perhatian Permaisuri Agong yang berniat ingin hadiahkan jersi kepada mufti.

Tweet sebelum ini

Dato’ Zulkifli pernah menyatakan minatnya terhadap pasukan Liverpool dan Brazil, namun tidak menolak pemberian jersi pasukan lain. Akhirnya hasrat mufti tercapai apabila Tunku Azizah memberikan kejutan dengan menghadiahkannya tiga helai jersi berlainan pasukan.

Walaup bagaimanapun, netizen terhibur apabila menganggap Permaisuri Agong sengaja ‘mengvsik’ mufti dengan memberikan jersi pasukan lain. Ada yang cakap baginda sengaja ingin menarik mufti menjadi penyokong pasukan lain.

Komen netizen

 Sumber:Dato Zulkifli

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Noteuntukawak