“pihak saya telah menyediakan tiga orang bodyguard lengkap dengan…”:-Ifa Raziah Terpaksa Upah Bodyguard Ini Sebabnya

Memetik laporan Astro Gempak, Ifa Raziah terpaksa mengupah tiga orang pengawal untuk memastikan kes3lamatannya ketika menjalani penggambaran muzik videonya baru-baru ini.

Dia juga mendedahkan kesemua pengawal tersbeut dilengkapi dengan pistol untuk pastikan keselamatannya dan juga barangan kemas yang bernilai RM3.5 juta itu.

“Jujur saya takut ketika menyarungkan semua tu atas badan. Disebabkan itu, pihak saya telah menyediakan tiga orang bodyguard lengkap dengan p1stol untuk k3selamatan.

“Bodyguard tersebut ditugaskan untuk mengiringi barang kemas Ceres Jewels sepanjang penggambaran muzik video berlangsung, ” katanya kepada Astro Gempak.

Berkongsikan mengenai muzik video lagu terbarunya Miss Diva, Ifa berkata dia dijelmakan sebagai ratu j4hat Queen Ravenna. Ifa akui sangat gementar sewaktu penggambaran kerana risaukan barang kemas harga jutaan ringgit itu.

“Miss Diva ni watak dia sama macam Queen Raveena, dia tak mahu wanita lain menandingi kejelitaannya sebab dia rasa dia yang paling meletup dan terpaling hebat.

“Tapi dalam pada duk gementar sebab risaukan barang kemas juta-juta tadi, lepas pakai je tiara terus watak ratu j4hat “mer4suk” diri. Manakan tidak, harga tiara tu je pun dah RM3 juta???Batu berlian ori tau!” katanya.

 

“Ada Yang Dah Panas Pvnggung, Memfitnah” –Ifa Raziah

Pengalaman dua dekad dalam industri hiburan nyata cukup mematangkan penghibur sensasi tanah air, Ifa Raziah. Memahami liku kehidupan anak seni, Ifa, 44, sentiasa yakin betapa niat yang ikhlas sangat penting dalam melancarkan sesuatu urusan.

“Mengenai isu ‘caras’ atau ‘sa1lang’ yang tidak benar itu, biarkanlah. Sekarang, paling penting projek yang dirancang sudah berjalan.

Dalam perkembangan terkini, penyanyi Ifa Raziah bersyukur kerana diberi peluang untuk menunaikan ibadah Umrah buat kali kedua.

Bagaimanapun kata Ifa, walaupun baru sahaja tiba di Madinah untuk beribadah, namun dia sudah mendengar berita kurang baik yang disebarkan mengenai dirinya.

Ifa memaklumkan perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.

Kata Ifa, andai benarlah tuduhan berkaitan p3cah amanah seperti yang didakwa, dia bersedia dan reda menerima hvkuman di tanah suci.

“Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat apa yang Ifa lakukan selama ini. Ifa baru saja tiba di Madinah ni pun ada orang dah mula panas pvnggung di Malaysia dan menf1tn4hkan Ifa.

“Ifa hanya mampu berdoa kepada Allah SWT dan Baginda Rasullulah SAW… Seandainya Ifa ini seorang yang jahat dan pecah amanah atau pun suka menuduh orang tanpa sebab, Ifa akan terima dengan reda hukumannya disini.

“Tetapi kalau disebaliknya… Ifa hanya mampu berdoa kepada Allah SWT khas buat orang-orang yang cuba menjatuhkan nama baik Ifa Raziah sekeluarga di sini.

“Semoga Allah SWT melindungi Ifa dan keluarga dari manusia-manusia durjana ini,*KEBENARAN AKAN TERJAWAB SEDIKIT MASA LAGI* Amin Ya Rabbal Al Amin,” tulisnya.

Terdahulu, Ifa pernah menunaikan umrah bersama suami, Mohd Yani Abdul Rahman dan anak lelaki mereka, Muhammad Shakir Aqili tahun lalu selepas beberapa kali tertangguh sebelum ini.

Diharapkan kedua-dua pihak dapat bersemuka dan menyelesaikan sebarang perkara berbangkit tanpa melibatkan sebarang media

Semoga Ifa Raziah sentiasa tenang sepanjang mengerjakan ibadah di tanah suci dan mendapat Umrah yang mabrur

 

Sumber : Duniadanakhirat.com