Terbaru! KoronaV1rus Catat Kes Pertama Di thailand,Orang Ramai Disarankan Ambil Langkah Berjaga-jaga

BANGKOK: Thailand merekodkan kes pertama jangk1tan koronav1rus dari manusia ke manusia sekali gus menjadikan jumlah penularan v1rus itu kepada 19 kes.

Jelas Timbalan Ketua Jabatan Pengawalan peny4kit, Tanarak Pipat pada Jumaat, jangk1tan itu berlaku ke atas seorang pemandu teksi yang dipercayai membawa seorang pelancong warga China.

“Dia (pemandu teksi) tidak mempunyai rekod ke negara China dan oleh itu, dia dipercayai dijangk1ti menerusi seorang pelancong China yang sakit,” kata Tanarak.

 

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa tiada anggota keluarga pemandu teksi itu yang dijangkiti koronav1rus selepas ujian saringan dijalankan ke atas mereka.

Bagaimanapun, pihaknya mengingatkan agar orang ramai berhati-hati dan melindungi diri sendiri.

“Risiko jangkitan di Thailand masih rendah, tetapi semua orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri sendiri” kata Tanarak.

Sebelum ini, kesemua kes yang dilaporkan berlaku di Thailand adalah daripada pelancong China dan warga Thai yang mempunyai rekod perjalanan ke China.

 

Dalam perkembangan lain, tujuh pes4kit daripada 19 kes yang dilaporkan di Thailand dilaporkan sembuh dan dibenarkan pulang, sementara 12 lagi masih menerima rawatan di beberapa h0sp1tal.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Astroawani