“Sedih memang sedih.Tapi,”-Wany Hasrita Dedah Pernah Pvtus Cinta

Penyanyi Wany Hasrita berkongsi langkah yang diambil untuk meneruskan kehidupan selepas mengharungi fasa putus cinta.

Kata Wany, dia tidak lagi mengikuti individu tersebut di media sosial.

“Saya akan ‘unfollow’ dia di media sosial sebab dekat situ akan nampak setiap aktiviti yang dikongsikan.

“Sedih memang sedih. Tapi selepas sebulan saya akan okey dan meneruskan kehidupan macam biasa,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Terlalu Memuja menyatakan perkahwinan adalah sebuah perkara yang perlu dititikberatkan.

“Kahwin tu bukan benda kecil. Untuk golongan wanita dia adalah isu yang besar.

“Sebab bila dah kahwin, dia akan jadi hak suami sepenuhnya.

“Bagi saya, perempuan yang paling malang adalah bila dia tersalah pilih suami. 

“Jadi bila tersalah pilih suami semuanya berakhir,” katanya lagi.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah program gaya hidup, Trek Selebriti yang dimuat naik di Youtube Kaki Sembang Studios.

Trek Selebriti yang dihoskan oleh Alif Farhan itu ditayangkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria ​(123).

Video: Youtube Kaki Sembang Studios

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Gempak