‘Alif men1ngg4l dunia kerana faktor genetik dan …’ – Nora Dedah Punca Anak Meningg4l dvnia

PENYANYI Nora Ariffin mendedahkan punca kemati4n anak keduanya,Muhammad Syakir Alif Johan
pada 15 Disember lalu kerana faktor genetik.

Tambah Nora, selain itu kehil4ngan permata hatinya itu juga kerana sudah sampai masanya.

“Alif meninggal dunia kerana faktor genetik, begitulah lebih kurang. Satu lagi kerana sudah ketentuan ajal,” kata Nora.

Terdahulu, Nora tidak memaklumkan punca kematian anaknya yang meninggal dunia pada usia 20 tahun itu walaupun selepas dibedah siasat.

Menurutnya, tiada siapa dapat melawan kuasa Allah dan soal jodoh serta m4ut semua rahsia Yang Maha Esa.

“Ada orang yang sihat seperti pemuzik Lok-U, tiba-tiba baru-baru ini meninggal duni dan saya sendiri pun terkejut sebab sepanjang Mentor Milenia dia selalu duduk berbincang dengan Alif.

“Walaupun kita menjaga kesihatan, kalau sudah sampai ajal akan meninggal juga,” ujarnya.

Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017.

Nora ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk penjagaan wajah Korea, Prettian di Glam Hall, Petaling Jaya semalam.

Produk yang berasaskan bahan semulajadi itu mengikat pelantun lagu Hanyalah Satu itu selama setahun.

Prettian Malaysia diasaskan oleh Noor Alhan Ismail dan berada di pasaran sejak setahun lalu dengan siri produk seperti Triple Oil Cleanser, Moisturiser, Silky Brightening BP Cream dan Silky Brightening Cream.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:AstroAwani