Penangan TikTok! Aaron Aziz Terjebak Siap Berjoget Dengan Muka Ketat Buat Ramai Peminat Terhibur

Aktor kacak kelahiran Singapura iaitu Aaron Aziz sangat terkenal dengan lakonan sebagai hero dan juga sikapnya yang maskulin. Jadi tidak hairan lah sekiranya dia menjadi kegilaan ramai peminat wanita sehingga berjaya mencetuskan fenomena.

Disebalik wataknya yang macho, Aaron Aziz juga ada perangai masuk air. Seiring dengan teknologi kini, dia turut mengikuti perkembangan dan juga keperluan peminat semasa.

Sumber Instagram

TIKTOK JADI TREND ANAK MUDA

Paling terkenal pada masa ini adalah aplikasi TikTok iaitu antara platform yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan remaja. Platform TikTok ini yang menghasilkan banyak cabaran-cabaran internet sehinggakan timbul sesuatu trend.

Selain dari itu, TikTok bukan sahaja berfungsi sebagai merakam adengan video pendek malah ianya digunakan bagi mengembangkan bakat. Maksud bakat di sini adalah dari aspek lakonan dan juga tarian.

APLIKASI UNTUK INDIVIDU YANG KREATIF DAN BERBAKAT

Ramai remaja mendapat jumlah tontonan yang tinggi hanya semata-mata pandai membuat aksi tarian berkumpulan. Tak kurang hebatnya ada juga di antara mereka mereka menghasilkan video lip sync.

Sumber Instagram

Enggan ketinggalan zaman, Aaron Aziz turut dilihat merakam aksi tarian dalam aplikasi terkenal ini. Yang mencuri tumpuan adalah latarbelakang lagunya bergenre dangdut sekali gus memadamkan sifat maskulin seorang hero pujaan ramai.

AARON TERJEBAK KERANA TERPAKSA

Ianya menarik mata ramai pengikut instagram apabila dapat dilihat wajah Aaron seakan-akan “terpaksa” untuk berjoget. Dalam video berkenaan juga memaparkan aksi dia bersama isteri dan juga tiga orang anaknya di ruang tamu rumah.

Video ini mendapat jumlah tontonan yang tinggi kerana terlihat sedikit aksi mencuit hati. Mana tidaknya, sebaik sahaja muzik dimainkan, kelima mereka bergerak serentak berjoget. Bayangkan sahaja muka Aaron yang ketat terpaksa berdangdut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

100% katanya…… #mashaAllah #abgdipaksa #abgtakrela #abgberkorban #abgturutkan #abgOnDemand #abgdontbelievethis #AbgjatuhAirMuka #abgkeIni? #ABGBUKAKSTEP #abgLovesfamily #abgtaknakKorangCommentbukanbukan #abgwonderwhatwillhappen #abgIsMalik #AbgGangsterBukanTikTokers #abgtahuDatinTengokAbgIngatStep #KorangJgnNakRequestLaguLainPulak #abgNakdelete #abgTahukorangGelak #AbgperhatikanAjeKorangKetawa #ABGISMALIKKKKKKK @diyanahalik u Watch out ahhhhh! @dwiarianaaaron @dahliaarissaaaron @danishanaqiaaron #daddylovesyouAll 😔

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

NETIZEN PUJI AKSI COMEL

Menjengah sahaja ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen memuji aksi comel Aaron Aziz ini. Bukan mudah dia nak belanja aksi-aksi sebegini kepada peminat. Ada juga yang memuji pelakon ini dalam keadaan tak rela pun sanggup buat demi kasih sayang keluarga.

Sumber Instagram

Apa pun sehingga hari ini, penulis masih lagi kuat iman dan tidak terjebak dengan aplikasi TikTok ini. Aplikasi hiburan tidak salah selagi mana kita tahu menjaga batas dan menjaga kualiti masa supaya tidak ketagih.

Sumber: Instagram Aaron Aziz /Sinarkini

Kredit : Meeck

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon