Jangan Masuk Dapur! 9 Tahun Berkahwin, Pasha Ungu Tidak Mahu Isteri Kena Minyak Panas

Vokalis kumpulan Ungu Pasha melarang isterinya masuk ke dapur kerana tidak mahu sebarang keced3raan berlaku. 

Memetik laporan Liputan6, Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said, 40, khuatir jika isteri yang juga penyanyi Adelia Wilhelmina terkena minyak panas. 

“Terima kasih sayang jadi suami yang sabar, menerima aku seadanya, tak boleh memasak seperti isteri-isteri orang lain. 

“Malah suami aku ini kalau aku masak, dia beritahu tak payah susah-susah, nanti terkena minyak masak,” ujar Adelia kepada Liputan6. 

Selain tidak pandai memasak, Adelia juga mengaku dirinya bukan seorang isteri yang sempurna kerana tidak pandai membuat kerja-kerja rumah. 

Pasangan ini menikah tahun 2011, dua tahun setelah Pasha sah bercer4i dari isteri pertamanya, Okie Agustina dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Keisha Alvaro Putra Sigit, Shakinah Azalea Napasha, dan Nasha Anaya Putri Valentina Pasha.

 Menginjak usia perkahwinan yang memasuki 9 tahun, Pasha yang juga Datuk Bandar bagi kota Palu dan isteri tetap tampil romantis dan jauh dari sebarang kontr0versi.

Kini menetap di Palu, Sulawesi Tengah, Pasha dan Adelia dikurniakan empat orang cahaya mata, Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Princess Kayla Mutiara Pasha.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment on "Jangan Masuk Dapur! 9 Tahun Berkahwin, Pasha Ungu Tidak Mahu Isteri Kena Minyak Panas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*