Micheal Ang Lebih Menghormati Krit1kan Seseorang Individu Jika Guna Dengan Cara Yang Betul. Tak Sangka Michael Ang Ded4hkan Komen Individu Tersebut Di Ig Nya.

Pengarah dan penerbit, Michael Ang meluahkan rasa berang apabila terdapat individu yang menegurnya secara kasar mengenai tindakannya berkongsi gambar yang menampakkan bahagian auratnya di Instagram. Perkara itu dikongsikan Michael, 44, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Tak payah lah nak persoalkan apa aku post, tak suka jangan follow, jangan tengok dan jangan komen. “Sebab kalau kau seorang Islam yang baik, kau tak akan buat atau tulis apa yang kau cakap! Ini kehidupan aku, keimanan aku, antara aku dan tuhan,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua. Pagi2 kena hadap org Acah acah mcm lebih baik dari Allah! Lepas tu kantoi PENIPU besar! Cakap tak follow aku terscroll nampak posting aku. Beribu org tgk gambar tu tak seorang pun CAKAP APA 2 NEGATIVE pasal gambar tu. Ada pulak manusia PENIPU NI MUNCUL! Aku post ni Sebab ORG MCM NI LA BAGI ISLAM A BAD NAME! U THINK U ARE BETTER THEN ANY OTHER MUSLIM! Geramnya aku!!!!! Anyway luv u all n have a great Sunday!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Terdahulu seorang individu dikatakan meninggalkan komen kasar yang menegur perbuatan Michael selain memintanya memadam gambar berkenaan. “Lutut atau pusat aurat. Kalau ada otak, padamlah gambar ini,” komen individu berkenaan.

Michael turut memuat naik paparan serangan berbalas komen antara dirinya dan individu tersebut. Kata Michael lagi, dia bertindak berkongsi hal tersebut kerana tidak bersetuju dengan cara teguran yang diberikan. “Pagi-pagi kena hadap orang yang acah-acah macam lebih baik dari Allah. Lepas tu kantoi penipu besar. “Aku post ni sebab orang macam ni lah bagi Islam nama buruk. Kau fikir kau lebih bagus daripada muslim yang lain. Geramnya aku!,” luahnya.

Gambar tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan perkongsian foto Michael yang kini sedang bercuti di sebuah resort di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada April tahun lalu, Michael membuat pengakuan bahawa dirinya sudah memeluk Islam sejak lebih setahun yang sudah.

Sumber : Gempak

 

Michael Ang sudah setahun peluk Islam.

Penerbit dan pengarah, Michael Ang membuat pengakuan sudah memeluk Islam sejak setahun lalu. Michael berkata, dia membuat pengakuan itu kerana tidak mahu masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya, terutama apabila dia ke masjid untuk menunaikan solat.

“Alhamdulillah, sudah lebih setahun saya memeluk Islam dan sudah bersedia memberitahu perkara ini kepada semua. Selama saya mendalami agama Islam, banyak perkara yang saya harus pelajari. “Rasanya lebih baik saya berterus terang daripada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan perkara ini. “Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana ia antara saya dan Allah,” kata Michael dalam rakaman video yang dimuat naik di YouTube, sebentar tadi.

Ramadan lalu, status agama Michael atau nama penuhnya, Michael Ang Hai Swee mencetuskan persoalan ramai apabila dia kerap berkongsi pengalaman belajar berpuasa. Pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu turut memohon peminat supaya mendoakan dia kekal sebagai seorang Islam sehingga akhir hayat. “Doakan saya kekal pada jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar daripada semua. Semoga kita dilihat baik di mata Allah,” katanya.

Sumber : BH

 

Ibu restu Michael Ang masuk Islam.

Penerbit dan pengarah, Michael Ang yang memeluk Islam sejak setahun lalu berkata, dia tidak kisah pandangan orang lain, asalkan ibunya merestui keputusannya. Biarpun ramai yang gembira apabila mengumumkan berita itu, Michael tidak menafikan, ada segelintir pihak melemparkan pandangan negatif, termasuk menvduhnya sengaja membuat gimik.

“Tuduhan itu agak keras, tetapi saya malas mahu layan. Saya buat tidak tahu sahaja kerana yang penting, ibu menerima keputusan saya untuk menjadi Muslim. “Ibu sangat gembira, malah siap membelikan periuk baharu untuk kegunaan memasak makanan kegemaran saya,” kata pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu.

Michael, 43, berkata, dia masih dalam proses memperbaiki diri, termasuk melancarkan bacaan dalam solat. Akuinya, dia masih sukar menghafal surah dalam bahasa Arab dan terpaksa menggunakan terjemahan Inggeris ketika solat. “Sebelum ini, saya ada belajar dengan ustaz dan sempat beberapa kali menghadiri kelas agama. Disebabkan jadual kerja yang ketat dan kesibukan di lokasi penggambaran, saya cuba belajar sendiri, termasuk menggunakan al-Quran digital. “Saya turut menggunakan kaedah pembelajaran menerusi YouTube. Bagi saudara baharu seperti saya, cara ini agak mudah kerana ia membabitkan dua teknik iaitu audio dan visual,” kata Michael atau nama lengkapnya, Michael Ang Hai Swee.

Beralih kepada perkembangan kerjaya seninya, pengarah drama rantaian, Suri Hati Mr Pilot itu menjelaskan, dia kini sibuk menyiapkan program masakan, Michael Ang’s Halal Kitchen. “Saya suka makan dan selepas memeluk Islam, ada antara makanan kegemaran saya yang tidak lagi boleh dijamah kerana tidak halal.

“Menerusi program ini saya menampilkan hidangan yang diolah resipinya menggunakan ramuan halal. Saya harap program ini memberi inspirasi kepada penonton dalam mempelbagaikan sajian mereka,” katanya. Michael juga baru selesai mengarah drama bersiri, Setelah Terlafaznya Akad, lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Sumber : BH

 

Sumber : Empiremedianetwork