“Men4kutkan berada di sana” – Guru pulang dari Wuhan kngsi pengalaman dikuar4ntin, dan dedah apa sebenarnya yang berlaku

SEORANG guru seni yang dikuar4ntin selama 27 jam kerana disy4ki terkena j4ngkitan koronav1rus menyatakan rasa lega selepas dibebaskan.

Michael Hope, 45, kembali ke Newcastle selepas mengajar di Wuhan, bandar di China yang yang dikatakan menjadi pusat sebelum tersebarnya v1rus itu.

Apabila mula berasa tidak sihat Hope pada awalnya menyangka ia disebabkan ‘jet lag’.

Tetapi selepas memberitahu doktor mengenai perjalanannya dari Wuhan baru-baru ini, dia dikejarkan ke Royal Victoria Infirmary dan diletakkan secara berasingan.

Hope menjalani ujian yang dilakukan petugas medik yang memakai sut perlindungan ‘kelihatan seperti angkasawan’ dan akhirnya memberitahu bahawa dia terkena selesema.

“Saya rasa macam ET, jujur. Ia betul-betul wujud,” katanya.

Gambar yang dimuatnaik di media sosial Central Hospital of Wuhan pada Sabtu menunjukkan petugas perub4tan sedang mer4wat pes4kit. -foto Central Hospital of Wuhan via WEIBO/REUTERS

Semasa tempoh pengasingan, Hope berkata jururawat terpaksa mengambil masa beberapa minit untuk memakai alat pelindung hanya untuk menghantar pisang kepadanya untuk sarapan pagi.

Tambahnya dia bersyukur kerana mendapat ‘patch’ nik0tin (terapi untuk per0k0k) yang diberikan melalui bawah pintunya.

“Penjagaannya luar biasa. Menakutkan berada di sana, tetapi mereka membuatkan saya berasa agak santai.

“Mereka sangat berperi kemanusiaan walaupun kelihatan seperti angkasawan. Saya kagum betapa cepatnya mereka berurusan.

“Mereka akan masuk melalui satu pintu tertutup dan keluar melalui satu lagi pintu. Setiap kali mereka keluar, mereka terpaksa melupvskan pakaian mereka,” katanya.

Hope berkata pelan penjagaan jelas dirancang dengan baik dan dia menyedari raw4tan itu bukan hanya tentang kesihatan dirinya semata-mata tetapi juga untuk orang awam.

Dia juga terkenangkan rakan-rakan di China yang sepatutnya meraikan Tahun Baharu ketika ini.

“Saya berasa sangat sedih untuk mereka, saya bernasib baik dapat keluar,” katanya.

Setakat ini jumlah kem4tian akibat wab4k itu meningkat kepada 41 manakala lebih dari 1,300 orang telah dij4ngkiti di seluruh dunia, dengan Malaysia, Perancis dan Australia menjadi negara terbaharu untuk mengesahkan kes. –Metro UK

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Mstar