Netizen Pertikaikan Zizie Pisahkan Ank Angkat Kembarnya. Akhirnya Zizie Izatte Tampil Dedah Cerita Sebenar

Setiap orang mempunyai cabaran yang berbeza untuk menjaga dan membesarkan anak-anak. Bagi Zizie Izette, beliau amat berbesar hati untuk mempunyai keluarga yang besar dan anak yang ramai. Baginya setiap anak adalah rezeki buatnya malah beliau sendiri mampu untuk membesarkan mereka dengan baik.

Oleh itu tak hairan la bila Zizie turut mengambil anak angkat untuk dijaga dan dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang seprti anaknya sendiri. Salah seorang anak angkat beliau Jenna sebenarnya merupakan anak kembar yang mempunyai ibu di Sabah.

Zizie baru-baru ini memuat naik gambar anaknya Jenna yang gembira dan teruja berjumpa dengan adik kembarnya Janna. Walaupun pada mulanya Zizie sendiri ingin menjaga kedua-duanya, tetapi ibu kandung mereka ingin menjaga saIah seorang daripada kembar

terbabit menyebabkan anak-anak ini terpisah. Seorang berada di Kuala Lumpur dan seorang lagi di Sabah. I dapat Jenna umur dia 6 bulan setengah. Mama dia nak bagi Jenna pun cukup susah, memang ada plan nak ambik Janna juga tapi mama dia tak bersedia.

Bila kami datang semula untuk ambik Janna, Janna dah besar sikit dlm setahun dan tak nak ikut kami. And of course mama and bapa Janna dah susah nak lepaskan sbb dah ada perasaan makin sayang diaorg dah jaga Janna sendiri hampir setahun. – Datin Zizie Izette

Ramai yang meluahkan rasa sedih kerana melihat anak kembar ini terpis4h dan dijaga dalam persekitaran yang berbeza. Tetapi sudah pasti Zizie dan ibu kandung mempunyai sebab mereka yang tersendiri. Tapi walau bagaimanapun, kehadiran Janna ke Kuala Lumpur tetap disambut baik dan diberi layanan yang mesra oleh Zizie.

Saya fikir juga bila besar nanti kan.. Kesian kalau terpis4h. Pembesaran dlm persekitaran yg berbeza akan membezakan personality mereka. Wah Kembar ya….. why datin tak jaga dua dua….. so touch they huge each other. Jaga dua dua skli Datin. Kesian kembar dipis4hkan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit: newsinkling.com

Zizie Ezette tak serah semua pada pengasuh

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Seri Zizie Ezette, menepis dakwaan segelintir pihak yang menganggap, dia terlalu bergantung kepada pengasuh, terutama dalam urusan berkaitan penjagaan anak. Zizie atau nama penuhnya Zizie Izette Abdul Samad, 40, berkata sebagai ibu,

dia tidak menyerahkan seluruh tanggungjawab pada pengasuh, sebaliknya tetap memberi perhatian kepada anaknya. “Tugas pengasuh lebih kepada mencuci pakaian anak, merapikan tempat tidur mereka, selain membersihkan rumah. Tetapi, hal lain, terutama perkara berkaitan membesarkan anak, itu di bawah tanggungjawab saya.

“Saya sentiasa bersama anak, malah memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang buat mereka. Saya mahu mendidik dan melihat setiap perkembangan mereka di depan mata. “Tugas saya lebih besar kerana anak ialah amanah Allah untuk saya sebagai ibu.

Saya bukan seperti yang difikirkan ramai iaitu hanya bersalin, tetapi selepas itu, pengasuh yang buat. Jauh sama sekali pandangan itu,” katanya. Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan. Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette, setahun.

Zizie dalam satu perkongsian menerusi Instagram turut memaklumkan, dia bersyukur kerana kesemua anaknya begitu rapat dengannya, meskipun mempunyai pengasuh. “Alhamdulillah, anak paling rapat dengan saya walaupun ada pihak berpendapat sebaliknya, terutama apabila mempunyai pengasuh. “Ada juga yang berpendapat, anak akan ingat pengasuh ialah ibu mereka. Silap sama sekali andaian mereka itu,” tulisnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:BH via Apple Hijau