“Macam tak percaya, saya perlu ucap selamat tinggal” – Yuna Dedah Punca Terpaksa Tutup Kedai Tiny Forest Miliknya

PENYANYI Yuna mengumumkan berita sed1h apabila terpaksa menvtup kedai tumbuhan hiasan miliknya iaitu Tiny Forest yang beroperasi di SS15, Petaling Jaya penghujung bulan ini.

Menurut Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 34, berkata, dia membuat keputusan itu kerana tidak mampu untuk menguruskan kedai berkenaan berikutan jadual kerjanya yang amat padat.

“Macam tak percaya, saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada tempat ini.

Kedai Tiny Forest ini diusahakan oleh Yuna bersama ibunya.

“Hati saya hancur dan saya berharap kami tak perlu pindah.

“Tapi kehidupan saya menjadi sangat sibuk kebelakangan ini dan tiada cara lagi untuk menguruskan kedai ini,” ujarnya.

Yuna meluahkan rasa sed1h itu menerusi posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Selain itu, Yuna turut membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat untuk menyewa kedainya itu berikutan terlalu banyak nilai sentimental buatnya.

“Terlalu banyak memori indah di Tiny Forest SS15 ini dimana saya mengecat dinding dan melukisnya sendiri.

“Saya dan ibu membangunkan perniagaan ini bersama-sama sehingga terhasilnya kedai yang comel ini.

“Saya harap ada yang nak sewa tempat ini atau saya terpaksa tanggalkan semua perhiasan ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Crush ini menjelaskan dia masih meneruskan perniagaan tumbuh-tumbuhan itu namun ia dilakukan menerusi perniagaan secara atas talian.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:mstar