“Dia Dalam Keadaan Sed1h Dan Tertek4n”,-Penerbit Buku Dedah Punca Tidak Benarkan Balqis Guna Telefon,Terpaksa Tinggal Di Rumah Penerbit

Puteri Balqis tutup media sosial IG.

PELAKON cilik Puteri Balqis dan ibunya Norashikin Mohd Aziz kini tinggal di rumah penerbit buku puisi 36 Poems of Puteri Balqis iaitu Aini Marhana buat sementara waktu.

Aini ketika dihubungi berkata, perkara itu bagi memudahkan urusan penghantaran buku puisi yang sudah mendapat tempahan.

Tambahnya, kehadiran pihak-pihak tertentu ke rumah mereka tanpa sebarang temujanji telah menjejaskan operasi proses urusniaga tersebut.

“Mereka sekarang menetap di rumah saya buat sementara waktu bagi menguruskan urusan kerja penghantaran buku.

“Ramai pihak yang datang tidak buat temujanji dahulu sehingga kerja-kerja itu tertangguh dan pembeli buku m4rah kerana lewat.

Puteri Balqis dan ibunya sibuk menghantar buku-buku yang sudah mendapat tempahan.

“Lagi pula rumah mereka tingkat empat dan sukar untuk bawa buku turun naik,” ujarnya kepada mStar.

Aini berkata, anak-beranak itu juga kini berada dalam tekanan dengan berita-berita yang menjadi tular di media sosial.

Malah, buat masa ini Puteri Balqis juga tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bagi mengelakkan emosinya terganggu.

Ramai pihak yang datang tidak buat temujanji dahulu sehingga kerja-kerja itu tertangguh dan pembeli buku marah kerana lewat.

AINA MARHANA

PENERBIT BUKU 

“Puteri Balqis sedang sedih dan tertekan dengan berita-berita yang tular mengenai dia dan ibunya.

“Banyak berita yang tak benar keluar dan kami tak benarkan Puteri Balqis menggunakan telefon untuk mengelakkan dia baca berita-berita itu,” ujarnya.

Sebelum ini, kisah kesempitan hidup Puteri Balqis mendapat perhatian selepas disiarkan menerusi rancangan Bersamamu di TV3.

Menerusi program tersebut, Puteri Balqis yang mengalami masalah kesihatan terp4ksa menjual buku puisinya di sekitar Kuala Lumpur bagi menampung hidup dia dan ibunya.

Sumber: MSTAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: